Posts

Gel ulcer popular BONJELA. Anda TAHU CARA DAN SIAPA yang BOLEH GUNA😬 ?

Image
Baru-baru ini dapat satu berita tentang seorang bayi hampir maut disebabkan terlebih dos BONJELA TEETHING GEL.
Bukan kandungan dalam gel tersebut yang tidak selamat tapi cara penggunaannya yang tidak tepat. Jadi berita seperti ini tidak sepatutnya terjadi lagi dengan cara, rujuk segala jenis ubatan anda kepada farmasi atau doktor.
Nak lebih mudah lagi rajinkan diri membaca maklumat tentang ubat yang anda beli. Bukan saja-saja pengeluar membekalkan maklumat ubat kepada pelanggan dalam setiap bungkusan. jangan BUANG sahaja ya😅
Gel Bonjela dewasa sangat tidak sesuai pada bayi.
⚠️Maklumat penting gel Bonjela Dewasa ✔️ulser:
Gosokkan 1/2 inci bonjela pada bahagian sakit. Ulang jika sakit tidak kurang dari 3 jam ✔️ketidak selesaan gigi palsu:
Urut 1cm bonjela pada bahagian yang sakit. Tunggu sehingga 30min sebelum meletakkan gigi palsu.
❌Tidak boleh digunakan pada kanak-kanak dan remaja di bawah umur 16 tahun. Ini kerana terdapat kemungkinan hubungan antara salisilat (Aspirin) dan Sindrom Reye …

KATA ORANG LAMA, SAKIT TUMIT ADA MASALAH PERANAKAN?

Image
Perasan tak, semakin meningkat usia semakin kerap kita sakit tumit. Kadang-kadang bangun tidur, pijak lantai terus sakit tumit. Kalau cuaca sejuk pun boleh diserang sakit tumit.
Jom kami kongsikan antara punca sakit tumit bagi wanita.
1⃣ Lebih berat badan Berat badan yang berlebihan akan menyebabkan tumit anda terpaksa bekerja dengan lebih keras daripada yang sepatutnya
2⃣Selalu memakai kasut yang tidak sesuai dengan anda eg: tumit tinggi, tapak rata, tiada penyerapan hentakan. Penggunaan kasut yang tidak sesuai juga mnyebabkan anda lama kelamaan mengalami sakit tumit
3⃣Radang pada tumit
Keradangan pada tisu penghubung yang dipanggil plantar fasciitis.
4⃣Pertumbuhan tulang yang tidak normal pada tumit disebabkan oleh: ❌Cara berjalan yang tidak sesuai
❌Membongkok kaki ke dalam semasa berjalan
❌Memakai kasut yang tidak sesuai sama ada terlalu ketat, bertumit tinggi atau terlalu rata.
5⃣ Arthritis Adakalanya penyakit seperti arthritis rheumatoid juga boleh menjadi punca sakit tumit bagi wanita. …

PART SERAM MAK-MAK BILA ANAK DAH SUKA MENGGIGIT NAK2 MASA MENYUSU BADAN- siaplah menjerit maknya😅

Image
So kenapa anak dah suka mengigit ya? Teething/tumbuh gigi @sakit gusi/gigi Keadaan ini selalu dialami oleh bayi yang baru sahaja nak tumbuh GIGI. Bayi mula tumbuh gigi ketika berusia antara 6 dan 12 bulan. Pada masa kanak-kanak berusia 3 tahun, mereka sepatutnya mempunyai 20 gigi. Pertumbuhan gigi bermaksud anak anda dalam proses persediaan untuk terima makanan yang lebih kasar sedikit👏. 👀Boleh nampak ka tanda-tanda bayi nak tumbuh gigi? Setiap bayi mempunyai campuran simptom yang unik semasa tumbuh gigi. Gejala yang paling biasa adalah kerengsaan ringan dan kekurangan selera makan. Sesetengah bayi akan menunjukkan sekurang-kurangnya satu atau dua gejala berikut apabila mereka mula tumbuh gigi: ✔️air liur meleleh
✔️mengunyah benda pepejal
✔️moody
✔️tidur terganggu
✔️kuat menangis
✔️hilang selera makan
✔️gusi sakit dan terasa lembut
✔️gusi merah dan bengkak Ada cara nak bagi lega sikit rasa tak selesa bayi?🤔 1⃣Anda boleh cuba menggosok gusi anak anda dengan kain lap yang lembap, jari yang be…

Siapa kata produk kosmetik takde tarikh luput??? OMG!! Korang kena baca ni tau!

Image
RILEKS LAH, PRODUK KOSMETIK JE PUN.. BUKANNYA PRODUK MAKANAN.. PAKAI SAMPAI LEBAM SEBAB TAKDE EXPIRY DATE!
Eh eh.... Siapa kata tu..🤔 Tahukah anda produk kosmetik dan produk penjagaan diri mempunyai tarikh luput tersendiri 🤯!

TIPS UNTUK KETAHUI TARIKH LUPUT PRODUK KOSMETIK & PENJAGAAN DIRI _ Marmin

⚠️ Setiap produk ditulis label tarikh luput dan tarikh dikilangkan sama ada pada kotak pembungkusan, bahagian atas produk mahupun bahagian bawah produk. Setiap produk adalah berbeza cara tulisnya.

⚠️ Namun begitu, terdapat juga sebahagian kecil produk yang hanya ada TARIKH DIKILANGKAN SAHAJA. Jeng jeng jeng! 🤯

⚠️ Tarikh luput adalah penting kerana apabila ia menjangkau lebih dari tarikh dinyatakan, produk tersebut mungkin tidak lagi selamat digunakan atas faktor perubahan tekstur, terdedah kepada patogen yang ada dalam udara seperti kulat, bakteria dan juga berubah dari segi warna, bau dan sebagainya. 

Sebab tu anda kena baca posting ni, sebelum anda gelap mata dan serbu premis kosmetik bi…