[APA ITU LUTEIN?]
Jikalau anda membeli produk 'supplement' mata, adalah sangat penting untuk anda memastikan kandungan produk anda itu mengandungi bahan semula jadi yang dikenali sebgai 'Lutein' atau 'zeaxanthin'.
👁️Lutein dan zeaxanthin adalah dua pigmen berwarna kuning dalam kumpulan karotenoid. Karotenoid terdiri daripada sekumpulan pigmen merah, kuning dan jingga yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna jingga kekuningan, sayuran berdaun hijau dan jagung.
👁️Di dalam mata, lutein dan zeaxanthin membentuk pigmen makula dan terdapat dengan banyaknya pada kanta dan retina mata
👁️Banyak kajian telah melaporkan lutein dan zeaxanthin mengurangkan risiko mendapat penyakit mata yang kronik, termasuk katarak dan kemerosotan fungsi makula akibat peningkatan usia (age-related macular degeneration-AMD)
👁️Agak sukar mendapatkan lutein dan zeaxanthin terutamanya daripada makanan kerana memerlukan jumlah hidangan sayuran dan buahan yang banyak.
👁️Cara lain adalah dengan mengambil suplemen yang mengandungi ekstrak bunga Marigold [contoh gambar dibawah] yang dipiawaikan, yang kaya dengan lutein dan zeaxanthin.
Comments
Post a Comment