BAYI DAN SELSEMA  👶😷



🤧🤧Bayi dan selesema sukar dipisahkan. Setiap kali selesema berlaku ibu-bapa akan risau melihat hingus yang banyak sehingga menyebabkan hidung tersumbat dan bayi sukar untuk bernafas.

Oleh kerana bayi tidak reti lagi untuk menghembus keluar hingus yang banyak, maka apakah yang ibu-bapa boleh lakukan untuk memberi kelegaan kepada bayi mereka?
-----------------------------------------------
😮😮Terdapat produk dipasaran yang berasaskan air laut/sea water (Isotonik) dalam bentuk semburan hidung (Nasal Spray). Semburan air laut ini bersifat neutral dan mampu melegakan hidung bayi yang tersumbat. Namun pastikan anda menggunakan jenis produk untuk bayi (Sterimar-baby) kerana terdapat 2 versi dalam pasaran iaitu untuk bayi dan orang dewasa.

Jika keadaan bayi masih tidak boleh bernafas akibat hidung tersumbat walaupun telah cuba menggunakan produk Sterimar-baby, maka ibu-bapa boleh menggunakan ubat dalam bentuk titis dan semburan hidung yang mengandungi bahan aktif bernama; Oxymetazoline.
-----------------------------------------------
Ubat Oxymetazoline bukan digunakan untuk menghentikan selesema. Oxymetazoline berfungsi secara sementara untuk melegakan hidung yang tersumbat melalui pengecutan salur darah di kawasan saluran pernafasan, mengurangkan bengkak seterusnya melegakan keadaan tersumbat itu tadi.

Ubat Oxymetazoline boleh didapati di premis farmasi komuniti termasuk Farmasi Citra tanpa memerlukan preskripsi doktor kerana ia tersenarai dalam jadual C senarai racun bawah Akta Racun 1952.


Comments

Popular Posts