ORS mampu menyelamatkan jutaan nyawa

ORS (Oral Rehydration Solution)

▶Penyakit Cirit Birit

Cirit birit adalah penyakit biasa yang terjadi pada kanak-kanak berpunca dari jangkitan virus atau bakteria daripada tahap kebersihan yang rendah, penggunaan air yang tak bersih dan kurang nutrisi.

Kesan daripada cirit-birit yang berpanjangan menyebabkan tubuh kehilangan banyak air dan mineral. Tubuh yang banyak kehilangan air boleh menyebabkan dehidrasi yang mana boleh menyebabkan berlaku KEMATIAN.

⏩Apa yang boleh saya buat sekiranya anak mengalami cirit birit berlarutan?

Perkara yang terbaik anda boleh buat adalah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan secepat mungkin.

Namun, tak semua mempunyai fasiliti kesihatan segara dalam waktu kecemasan. Seperti berada jauh dari klinik atau hospital.

Jadi apa perkara terbaik yang anda boleh lakukan ?
Jawapannya adalah dengan menggunakan ORS.
-------------------------------------------------------------------------------------
▶Apa itu ORS?

Oral Rehydration Salt (ORS) ialah satu campuran khas gula dan garam. Apabila ORS dilarutkan dalam air, larutan ORS yang terhasil amat senang diserap di dalam usus kecil, walaupun seseorang itu sedang mengalami cirit-birit yang teruk. Oleh itu, larutan ORS sangat berkesan untuk menggantikan air dan garam yang telah hilang dalam najis.

Ia merupakan rawatan paling mudah, berkesan dan murah

Konsep mudah untuk difahami adalah sekiranya anda telah hilang 1 mangkuk air akibat muntah atau cirit, jumlah yang sama perlu digantikan perlahan lahan untuk mengelakkan dehidrasi.
ORS bukan sahaja mengantikan air yang telah hilang malah mengimbangkan garam yang telah hilang.

Terlantar dikatil lesu tanpa sebarang gantian air adalah kesilapan besar yang mengundang bahaya. Antara KESILAPAN UTAMA pesakit yang mengalami cirit birit adalah ENGGAN MAKAN DAN MINUM KERANA BIMBANG GEJALA SEMAKIN TERUK, hakikatnya, walaupun anda telah cirit, anda perlu minum.

---------------------------------------------------------------------------------
11 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai ORS
1. Oral Rehydration Salt (ORS) biasanya di datangkan dalam bentuk serbuk yang di pek kan. ORS boleh di perolehi di mana mana fasilaiti kesihatan dan farmasi. Anda boleh menyimpan pek ORS ini dirumah untuk kegunaan semasa kecemasan. Untuk gunakannya, hanya campurkan 200 ml air bersih (1 cawan) dan larutkan serbuk ORS.
Biasanya terdapat 2 jenis perisa Natural dan Orange.

2. Bilakah ORS boleh di gunakan?
Ia boleh di gunakan setiap kali anda mengalami cirit birit.

3. Adakah ORS merawat punca cirit birit?
ORS TIDAK merawat punca cirit birit/ muntah tetapi ia hanya menggantikan air dan garam yang telah hilang dan mengurangkan kesan dehidrasi.

4. Bagaimanakah ORS boleh diberikan?
Pastikan air yang digunakan telah sejuk sebelum di berikan kepada bayi/ kanak kanak. Untuk bayi- Beri ORS dengan dropper ataupun dengan Syringe. Bayi kurang dari 2 tahun boleh di beri sebanyak separuh atau suku cawan ORS. Kanak-kanak yang lebih besar boleh menggunakan straw atau minum dari cawan.

5. Bilakah anda dapat lihat keberkesanan rawatan ORS?
ORS bertindak dengan pantas. Gejala dehidrasi akan menjadi lebih baik selepas 3- 4 jam.

6. Jika Muntah selepas ORS?
Anak anda mungkin muntah semasa pemberian larutan ORS, lebih-lebih lagi jika diminum terlalu cepat.
Jika anak anda muntah, tunggu 5 – 10 minit sebelum memberi larutan ORS semula. Akan tetapi, beri secara lebih perlahan : satu sudu ORS setiap 2 – 3 minit. Jika keaadann anak menjadi lebih buruk selepas 30 minit, boleh hentikan rawatan.

7.Berapa lamakah bancuhan ORS boleh disimpan?
Larutan ORS yang sudah dibancuh hanya boleh diletakkan dalam suhu bilik tidak lebih dari 1 JAM. Jika disimpan dalam peti, larutan tersebut boleh bertahan selama 24 jam

8. Apakah akan terjadi sekiranya anda terberi lebih ORS?
sekiranya anak anda TIADA masalah kesihatan kronik seperi penyakit jantung atau buah pinggang, pemberian ORS berlebihan tidak akan membahayakan anak anda.

9. Dimanakah pek ORS boleh di simpan?
Pek ORS boleh di simpan di dalam almari yang kering. Jauhkan dari cahaya matahari atau tempat yang panas.

10. Apakah tanda tanda rawatan ORS perlu di hentikan?
- Muntah dan cirit berterusan selepas rawatan ORS
- Keadaan dehidrasi menjadi lebih buruk
- Pesakit tidak dapat minum kerana tidak sedarkan diri, pengsan.
- Keadaan pesakit tidak stabil

11. Apakah tanda tanda dehidrasi?
- Mulut dan bibir menjadir kering
- Tidak kencing atau kurang kencing
- Tidak aktif dan lesu
- Menangis tanpa air mata
- Mata menjadi cekung
- ubun ubun di kepala bayi menjadi lembut


-------------------------------------------------------------------
ORS adalah rawatan yang berkesan, mudah dan murah. Pastikan anda ada menyimpan pek ORS di rumah untuk kegunaan semasa kecemasan.

Tindakan dan rawatan pantas anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa.

✨Boleh dapatkan di Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

🌸Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin

http://www.wasap.my/601116776799

Comments

Popular Posts