SELALU SEMBELIT, KEMBUNG PERUT ATAU CIRIT-BIRIT?

Gejala-gejala di atas mungkin tanda-tanda masalah penghadam yang disebabkan oleh tindak balas badan  yang tidak bertoleransi (intolerance) terhadap makanan dan amalan pemakanan yang tidak seimbang dalam kalangan individu
.
Usus yang sihat perlu bermula dengan diet yang seimbang untuk membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik
.
Usus yang sihat dapat mencegah beberapa penyakit usus seperti kanser usus besar dan usus kecil, serta penyakit melibatkan iritasi pada usus (Irritable Bowel Syndrome) seperti Crohn’s Disease dan Ulcerative Colitis.
.
Bakteria usus terdiri daripada bakteria baik dan bakteria jahat. Bakteria baik dikenali sebagai probiotik.
.
Ramai yang masih keliru tentang apa itu prebiotik dan probiotik. Nampak sama, namun kedua-duanya adalah perkara berbeza

🌸Probiotik dan Prebiotik: Apakah Perbezaannya?
.
⏩Probiotik: Ini adalah bakteria hidup yang terdapat dalam makanan atau suplemen tertentu. Ianya  boleh memberi banyak manfaat kesihatan.
.
⏩Prebiotik: Bahan ini berasal dari jenis karbohidrat (kebanyakannya serat) yang tidak dihadam manusia. Bakteria yang bermanfaat dalam usus menggunakan serat ini sebagai sumber makanan
.
Pengambilan yang seimbang dari kedua-dua pro dan prebiotik boleh membantu memastikan bahawa anda mempunyai keseimbangan yang tepat bakteria ini
.
🌸Terdapat 2 jenis probiotik yang utama iaitu :
i.    Lactobacillus (hidup di usus kecil)
ii.   Bifidobacterium (hidup di usus besar).
.
Probiotik daripada sumber makanan boleh didapati daripada susu kultur, tempe dan yogurt untuk meningkatkan bakteria baik di dalam usus.
.
Bagi mereka yang tidak menggemari susu, probiotik dalam bentuk suplemen juga boleh didapati di pasaran seperti:
.
1⃣Hexbio granule
–sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa
2⃣    Nutriforte Lactoghurt probiotics with FOS
    –boleh dikunyah sahaja
    –jika mengambil antibiotik, perlu tunggu sehingga 2 jam sebelum mengambil probiotik
3⃣    Kids biotics
    –sesuai untuk kanak-kanak
    –hanya ambil 1 sachet sebelum atau selepas makan
4⃣    Innolac
    –mengandungi tujuh probiotics dan FOS
    –sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa



⏩Prebiotik

Prebiotik adalah “makanan” untuk bakteria baik (probiotik) di mana ia meningkatkan populasi probiotik di dalam usus.
Sumber prebiotik :

1⃣ Bawang besar, bawang putih, daun saderi       
2⃣ Buah pisang   
3⃣ Asparagus   
4⃣ Oat, barli       
5⃣ Kacang soya
6⃣ Multivitamin bersama prebiotik   


⏩ Bakteria Jahat
.
Antara faktor peningkatan populasi bakteria jahat di dalam usus termasuklah :
.
-penggunaan antibiotik yang berlebihan
-peningkatan toksik dalam badan
-pengambilan serat yang tidak mencukupi.

⏩Peranan Serat Dalam Kesihatan Usus
Apakah Serat ?

Serat atau fiber adalah sejenis bahan yang tidak dapat dicerna oleh usus.

Serat terbahagi kepada 2 iaitu :
serat larut air (soluble fibre)
serta tidak larut air (insoluble fibre).

✅ Serat Larut Air (Soluble Fibre)
-mengikat air dan membentuk jeli (gel) di dalam usus.
.
Fungsi :
-Melambatkan proses penghadaman, seterusnya memberi rasa kenyang lebih lama.
-Mengawal aras tekanan darah, gula dan kolesterol dalam darah.

Sumber (oligosakarida, pektin, beta-glukan, gum galaktomanan) :

1⃣  Oat   
2⃣  Kekacang   
3⃣  Buah-buahan seperti epal dan strawberi
 .

✅ Serat Tidak Larut (Insoluble Fibre)
.
Serat tidak larut air dan mempercepat pergerakan makanan di dalam usus.
.
Fungsi :

Membantu mencegah sembelit.
Sumber (selulosa, hemiselulosa, lignin) :

1)  Beras perang   
2)  roti gandum dan bijirin gandum    
3)  Sayur-sayuran seperti kentang, kacang hijau dan kobis bunga

Antara produk yang tinggi kandungan serat, boleh dapatkan di pasaran ialah:

1⃣Chobe Original Brown Rice
2⃣Chobe Cereal with
Brown Rice
3⃣Chobe Oats with brown rice
4⃣Organic Rolled Oats
5⃣Organic Baby Oats
6⃣Biogrow OatBG22
7⃣Biogrow Progut and probiotik




Boleh dapatkan di Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

🌸Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin

☎http://www.wasap.my/601116776799

Comments

Popular Posts