Tips Mencegah DENGGI

Demam Denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

⏩Tanda dan gejala
1.Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti,

2.Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.

3.Demam ini boleh mencapai suhu 40 – 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari.

4.Muntah dan kurang selera makan.

⏩Rawatan
1.Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
2.Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
3.Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
4.Mandi jerlum.
5.Antibiotik tidak diperlukan.

⏩Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?

Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
1.Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
2.Membuang bekas yang boleh menakung air
3.Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
4.Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
5.Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
6.Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
7.Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
8.Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
▶Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
▶Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk seperti:

1. Mosi Guard Natural Roll On & Spray
-Perlindungan selama 8 jam. Boleh disapu pada kulit.  Sesuai untuk umur 6 bulan keatas

2. Elvin Guard Roll On
-spray pada baju, badan atau tempat tidur. Sesuai untuk bayi berumur 6 bulan hingga dewesa.

3. Denguard Plus Lotion
-Sesuai untuk kanak-kanak. Daya menghindar sehingga 5 jam. Bauan lavender yang menyegarkan

4.Tiger Bulm Mosquito Repellent Patch & Spray
-Bahan penghindar semula jadi. Tahan lama. Tidak mengandungi DEET. Tidak berminyak.

5. Homecare Anti Mosquito Repellent
-mengandungi teknologi micro encapsulation yang membenarkan citronella oil dilepaskan secara sedikit demi sedikit untuk jangka
 masa yang panjang

6. Jetsen Insect Repellent
-Formulasi bauan serai yang unik membantu menghalang nyamuk atau serangga




Jika anak anda disyaki mempunyai tanda-tanda sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik

✅Boleh dapatkan di FarmasiMarmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

✅Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin

Comments

Popular Posts