Jarum suntikan insulin boleh guna banyak kali?

Ada sesiapa di sini pengguna insulin?πŸ’‰
Mak ayah atau ada saudara mara ada yang gunakan insulin?

Pengguna insulin pasti sudah diberi konsultasi oleh ahli farmasi semasa mula-mula penggunaan insulin: cara guna dan cara penjagaan.

Untuk kali pertama, pesakit akan dibekalkan dengan pen, insulin dan juga jarum suntikan.
Selepas dari itu, pesakit hanya akan dibekalkan dengan insulin jika mengikut temu janji yang telah ditetapkan doktor.

πŸ’‰Jarum suntikan perlu di beli di luar, kebiasaannya di farmasi berdekatan. Jarum suntikan sepatutnya perlu ditukar selepas sekali penggunaan.

Namun, ada pesakit yang menggunakan jarum insulin lebih dari satu kali. Yelah, satu jarum sudah memakan kos dalam 70sen sebatang. Jika penggunaannya adalah setiap hari beberapa kali sehari, sudah boleh congak kos penggunaan dalam sebulan.

⛔Penggunan jarum suntikan lebih dari sekali adalah tidak digalakkan. Namun jika digunakan juga, itu adalah atas tanggungjawab sendiri jika terjadi apa-apa masalah kemudiannya

Jarum yang digunakan lebih dari sekali akan mula tumpul dan meninggalkan kesan kotor pada jarum. Kesan kotor tersebut mungkin boleh membawa kepada jangkitan kuman pula.

Kami tunjukkan sekali gambar di bawah mikroskop penggunaan jarum yang tumpul selapas beberapa kali penggunaan. Jarum yang tumpul menyebabkan anda bertambah sakit semasa menyuntik insulin.

✅BD Ultra fine pen needle
✅BD Micro-Fine pen needle
✅Carefine Insulin pen needle
✅Insupen pen needle
✅Sol-M pen needle
✅Promisemed pen needle







♦Boleh dapatkan di Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

🌸Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin
http://www.wasap.my/601116776799

🚚Penghantaran ke rumah? shopee.com.my/farmasimarmin

Comments

Popular Posts