Macam mana nak pilih PELEMBAP/MOISTURIZER untuk muka 😅?



🍥Mengapa menggunakan pelembap?

Kulit kusam, tona tidak sekata dan tidak bermaya merupakan perkara yang bukan sahaja nampak tak cantik tapi boleh merendahkan keyakinan diri dihadapan umum.
.
Pelembap bertindak sebagai perlindung untuk kulit anda dan menjadikan kulit lebih sihat.

Ada yang keliru tentang keperluan pelembap samada perlu menggunakannya secara rutin atau suatu masa tertentu sahaja.  Namun, kebanyakan pakar mengesyorkan menggunakannya setiap hari.
.
Kebiasaannya penjagaan kulit yang berkesan adalah dengan menggunakan pelembap yang sesuai dengan jenis kulit .

🍥Apakah Jenis Kulit Anda?

Satu tabiat penjagaan kulit yang baik adalah dengan menggunakan perlindung matahari dan pelembap setiap hari untuk melawan radikal bebas dan menghalang sinaran ultraviolet (UV) dari matahari
.
Adalah penting untuk mengetahui jenis kulit anda supaya anda boleh menggunakan produk pelembap yang betul di wajah anda.

🍥Tentukan jenis kulit anda:

💠Kering (sesuai pelembap berasaskan minyak yang lebih berat)
💠Berminyak (sesuai pelembap berasaskan air yang lebih ringan)
💠Sensitif (sesuai ramuan yang menenangkan, seperti lidah buaya, yang tidak akan menjadi keras pada kulit)
💠Normal / Gabungan (sesuai pelembap berasaskan air yang lebih ringan)

Jika anda tidak pasti jenis kulit anda, anda boleh mengambil ujian mudah. Semua yang diperlukan adalah beberapa bahagian kertas tisu dan beberapa minit masa anda. Selepas menekan kertas ke kawasan yang berbeza di wajah anda, anda boleh menentukan jenis kulit anda, berdasarkan berapa banyak minyak kertas yang telah digunakan.

🌹Untuk kulit sensitif

    👉Simple hydrating light moisturiser

✔️sesuai untuk kulit sensitif
✔️mengandungi multivitamin dan bahan-bahan asli sesuai untuk melembapkan kulit selama 12 jam
✔️mengandungi vitamin B5, vitamin E, glycerin dan minyak biji borage
✔️tidak komedogenik
✔️kurang tindak balas allergik
✔️tiada alkohol, tiada paraben dan tiada pewangi

🌹Untuk kulit berminyak dan bermasalah

       👉Cosmoderm Tea Tree Oil Pelembap Bebas Minyak

✔️mempunyai kandungan vitamin E  serta
SPF15 untuk melindungi daripada pancaran UVA/UVB
✔️Penghasilan minyak yang berlebihan akan diselaraskan untuk membaiki tona warna dan struktur kulit
✔️membantu kadar pembaharuan sel-sel kulit dan membekalkan kelembapan dan melicinkan kulit

🌹Untuk kulit gabungan atau berminyak

       👉Aiken Tea Tree Oil moisturizer

✔️mengandungi minyak tea tree yang melindungi kulit dari jerawat
✔️ringan, formula tanpa minyak sesuai untuk kulit berminyak dan gabungan
✔️membantu melembutkan dan menghidrasi kulit

🌹Untuk semua jenis kulit

       👉Cetaphil Daily Facial Moisturizer SPF15

✔️membantu menapis sinaran matahari berbahaya untuk mengelakan dari kerosakan kulit dan tona tidak sekata
✔️ringan, dan tidak berminyak
✔️melembapkan dan menghidrasi kulit
✔️tidak komodogenik, tiada pewangi dan diuji oleh dermatologi

🌹Untuk kulit kering

       👉Neutrogena Moisture SPF 15

✔️Jenis losyen melembapkan dan tahan lama
✔️formula tidak berminyak yang menyerap lagi cepat ke dalam kulit dan mengurangkkan garis dan kedutan di muka
✔️mempunyai pelindung matahari yang membantu mengurangkan risiko penuaan
✔️hypoallergenic, tiada pewangi, tiada alakohol dan tidak komedogenik





♦Boleh dapatkan di Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

🌸Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin

http://www.wasap.my/601116776799

🚚Penghantaran ke rumah shopee.com.my/farmasimarmin

Comments

Popular Posts