Steroid? Ubat Ajaib?

“Assalamuailaikum nak, makcik nak cari ubat sakit lutut nama xxxx. Makcik dah lama sakit lutut tapi lepas makan ubat ni dah boleh berjalan berkebun macam zaman muda mudi dulu 😅”
.
Obses terhadap makanan tambahan atau suplemen tanpa mengetahui maksud dan fungsi sebenarnya untuk tubuh badan hanya akan membawa keburukan berbanding kebaikan yang cuba dicari😔.
.
Samada mahu menurunkan berat badan, membina badan atau tujuan kesihatan lain seperti sakit lutut dan sebagainya ramai yang bergantung kepada makanan tambahan.
.
Walaubagaimanapun kajian terbaru menunjukkan banyak supplemen atau makanan tambahan yang mengandungi bahan yang tidak tertera pada senarai kandungan botol sebagai contoh steroid
.
Walaupun penggunaan sesuatu steroid itu atas nasihat doktor, steroid tetap memberi kesan sampingan apatah lagi sekiranya digunakan tanpa kawalan.
.
Demi mengaut keuntungan tanpa menghiraukan bahaya lebihan penggunaan steroid dalam makanan tambahan, terdapat pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mencampurkan steroid ke dalam produk mereka bagi menambahkan keberkesanan produk tersebut. Bukan setakat ubat, makanan dan kosmetik juga adakalanya dicemari dengan steroid
.
Steroid juga dikenali sebagai “Ubat Ajaib” yang dikatakan mampu memulihkan banyak penyakit. Pengguna awam perlu berhati-hati kerana ubat-ubat atau makanan dengan tuntutan perubatan yang melampau itu mungkin mengandungi steroid. Manakan tidaknya, sakit lutut yang dialami setelah sekian lama hilang sekelip mata selepas mengambil ubat tersebut.

➡Apakah kesan sampingan penggunaan steroid?

>Dalam jangka masa pendek

1 pertambahahan berat badan yang mendadak. Bahagian muka akan menjadi sembab atau lebih dikenali dengan istilah “moon face”.
2pengguna lelaki akan mengalami kehilangan rambut yang mengakibatkan botak pada bahagian tertentu kepala.
3Masalah jerawat. kulit menjadi nipis dan mudah luka
4Berisiko besar mendapat ulser di organ pencernaan seperti perut dan usus. bagi yang pernah mengalami gastrik, perokok atau pengguna alkohol
5mampu merosakkan buah pinggang
6berisiko mendapat penyakit kencing manis dan darah tinggi.

>Pengambilan jangka masa panjang

1 boleh mengakibatkan tulang rapuh.
2 menghalang penghasilan hormon tumbesaran di dalam badan manusia.
3 Penggunaan steroid untuk tempoh yang lama di bahagian mata boleh menyebabkan penghasilan selaput mata berlebihan dan menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai katarak atau lebih teruk lagi hilang penglihatan apabila tidak dirawat
.
Ada yang datang ke farmasi mencari ubatan yang menyembuhkan sakit lututnya dan dimakan setiap hari. Namun setelah di periksa ubat tersebut di Laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), ubat tersebut tidak berdaftar. Hal ini sering terjadi kepada golongan tua yang mudah diperdaya oleh pihak jualan.
.
Jadi, amatlah penting untuk anak-anak khususnya untuk mengenalpasti ubat yang diambil oleh warga tua kita.



>Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin

Comments

Popular Posts