Tips memesan makanan di restoran untuk yang sedang diet

Nampak menyelerakan kedua-duanya namun bilangan kalori sangat jauh perbezaannya. Ramai diantara kita yang nak diet tapi selalu sibuk dan tak sempat untuk menyediakan makanan.

Jadi, ramai yang lebih memilih untuk ke kedai. Kerana hanya nyatakan pesanan, tunggu untuk beberapa minit lalu makanan sedia untuk dimakan tanpa perlu menggunakan tenaga untuk memasak

Tapi masalah berlaku bila makanan yang ada di kedai tidak menepati keperluan diet kita sebagai contoh terlalu tinggi bilangan kalorinya.

Jangan risau

Sini ada tips untuk order makanan yang rendah kalorinya

1⃣Pesan hidangan utama daging atau ikan. Sebagai contoh ikan masak steam atau kukus

2⃣Minum air biasa dan bukannya soda manis atau jus buah.

3⃣Dapatkan sayur-sayuran tambahan berbanding roti, kentang atau nasi.





Masih ada pilihan untuk anda yang berdiet.

Selamat mencuba 😉

Comments

Popular Posts