Jenis pembalut yang macam mana?🤔 Sesuai untuk luka yang macam mana?


Persoalan yang selalu ditanya apabila datang ke farmasi untuk mendapatkan bekalan pembalut mengikut kesesuaian luka.

Kebiasaanya dressing boleh dilakukan di klinik/hospital berhampiran dengan anda.

Namun jika terdapat kekangan seperti pesakit tidak dapat bergerak dan sebagainya, ianya boleh dilakukan di rumah dengan latihan dari yang pakar.

Doktor atau jururawat akan mengajarkan anda untuk melakukan dressing dan cara pemantauannya.

Dressing perlu kerap dilakukan pada luka selalunya luka kencing manis yang tidak sembuh . Luka ini lambat sembuh disebabkan oleh kawalan gula dalam darah yang tidak baik atau fungsi saraf yang telah rosak menyebabkan luka tidak dapat sembuh seperti biasa.

Manakala kudis tekanan/ bedsore pula adalah kawasan kulit dan/atau tisu yang tercedera.

Ia disebabkan posisi duduk atau baring yang terlalu lama dan mengakibatkan pengurangan pengaliran darah ke kawasan tersebut.

Keadaan luka yang tidak dirawat dengan baik boleh menyebabkan kaki anda dipotong dan kudis tekanan semakin teruk dah susah untuk dirawat.

Disini kami ingin kongsikan jenis pembalut yang mengikut jenis luka.

1⃣Luka melecet, luka ulser kaki,  luka cetek yang menimbulkan cecair seperti lelasan kecil atau luka terbakar

✅Kain parafffin seperti Bactigras, mempunyai kain asas tenunan terbuka, yang membolehkan luka untuk mengalir dengan bebas ke dalam pembalut utama dan terus terserap kepada pembalut sekundar (yang diletakkan di atas kain Paraffin).

✅Ciri antispetik pada Bactigras juga membantu menghalang luka dari terkena jangkitan.

2⃣Luka kecil atau luka yang sudah hampir sembuh

✅Dressing yang sesuai adalah yang kurang melekat pada luka seperti Melolin dan Primapore (daya penyerapan tinggi).

✅Diperbuat dari bahan yang kurang melekat dan senang untuk ditanggalkan tanpa merosakan kulit yang semakin pulih

3⃣Luka kering

✅Dressing jenis hydrocolloid seperti DuoDerm atau Intrasite Gel.

✔️DuoDerm Direka untuk mengurangkan risiko kerosakan kulit akibat geseran

✔️DuoDerm mempunyai filem poliuretana nipis bertindak menghalang bakteria virus tanpa kebocoran.

✔️DuoDerm juga kalis air.

✔️Intrasite boleh menyumbangkan kelembapan kepada persekitaran yang kering dan menyerap dalam persekitaran yang lebih lembap, mewujudkan persekitaran pengurusan luka yang baik

✔️INTRASITE Gel menghidrasi semula tisu nekrotik dan meningkatkan kelembapan luka

✔️INTRASITE Gel menyerap slough dan cairan tanpa merosakkan tisu granulasi.

✔️INTRASITE Gel membantu mencegah pembentukan eschar. Dengan mengekalkan lembapan granulasi rapuh dan membolehkan pemindahan sel-sel epithelializing

✅Opsite spray juga sesuai untuk luka kering yang mempunyai ciri kalis air, hanya spray dari jarak 15cm dari luka kering

✅Liputan luka yang optimum memerlukan keadaan basah hingga lembap, yang menyokong pembaikan tisu, menyerap nanah, dan melindungi kulit yang sihat di sekelilingnya.

4⃣Luka kering +sedikit lembap

✅Filem kalis air seperti OpSite dan Tegaderm yang mempunyai sikit daya penyerapan dan hidrasi sesuai untuk luka yang kering tetapi sedikit lembap.

✅Ada juga terdapat dalam bentuk berlubang untuk pengaliran udara dan lembapan yang baik

✅Boleh mandi tanpa perlu menukar tampalan

5⃣Luka yang sangat lembap

✅Dressing hydofiber seperti Aquacel, Aquacel-Ag adalah sangat sesuai untuk luka berair.

✅Aquacel-Ag mengandungi 1.2% ionik perak yang mempunyai sifat antimikrobial kuat terhadap banyak organisma, termasuk Staphylococcus aureus.

✔️Tukaran sebanyak 2 kali sehari amat diperlukan untuk dressing jenis ini.

✅Dressing jenis foam yang mempunyai daya penyerpan yang baik seperti Aquacel Foam juga sesuai untuk luka lembap.

*DuoDerm boleh digunakan sebagai pembalut sekunder selepas meletakkan pembalut AQUACEL®  atau AQUACEL® Ag.

6⃣Luka terkena jangkitan
✔️gunakan Silvadene (sulfadiazine perak) jika pesakit tidak alah kepada ubat sulfa
✔️jika ada alahan sulfa,  salap bacitracin-zinc atau Neosporin adalah alternatif yang baik

✔️Balutan hidrofiber-perak (Aquacel-Ag) boleh membantu mengendalikan luka yang lembap dan berpotensi untuk terkena jangkitan kuman.

KESABARAN dan USAHA untuk menjaga luka dengan baik adalah kunci kepada tidak berlakunya masalah serius seperti kecacatan kekal.

♦Boleh dapatkan di Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

🌸Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin

http://www.wasap.my/601116776799

🚚Penghantaran ke rumah? shopee.com.my/farmasimarmin

Comments

Popular Posts