ALAHAN ?
"pakcik nak ubat gatal"
"boleh tengok gatal sebab alahan atau pun kulat?"
"pakcik tak pasti bukan kulat rasanya sebab baru sahaja gatal, makan pon lauk yang biasa makan lepas pakcik berkebun pagi tadi"
"ohh, mungkin alahan semasa berkebun tadi"
👉Alahan bermaksud perubahan aktiviti.
👉Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan
➡️ Reaksi alahan :
👣ringan (contohnya: rasa loya, pening).
👣 serius (contohnya: sukar bernafas, tidak selesa pada bahagian dada).
👣 berlaku dengan serta merta atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen.
👣berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu.
➡️Apa sebab-sebab boleh berlaku alahan🤔?
Antara penyebabnya adalah seperti berikut :
✅ Tumbuh-tumbuhan
👣 Ia merupakan gejala yang berlaku selepas terdedah kepada debunga tumbuhan bermusim yang berterbangan di udara.
✅Makanan
👣Semua jenis makanan mempunyai potensi untuk menyebabkan alahan, tetapi kebanyakan kes hanya membabitkan beberapa bahan sahaja. Kebanyakan makanan yang biasa dikaitkan dengan alahan ialah :
👉 telur.
👉susu.
👉gandum.
👉kekacang (khususnya kacang tanah).
👉ikan, udang dan makanan laut lain.
✅ Ubat-ubatan
👉Alahan terhadap ubat-ubatan adalah disebabkan oleh sistem imun yang hipersensitif.
➡️Macam mana nak tahu ada Alahan ?
Tanda-tanda dan gejala tindak balas hipersensitif yang biasa dilihat ialah:
🌀 Gatal dan ruam pada kulit diikuti dengan pembengkakan.
🌀 Gatal dan bengkak pada bibir serta mulut.
🌀 Mual
🌀Muntah
🌀Gatal dan mata berair
🌀Kesukaran bernafas
🌀Tidak selesa pada bahagian dada
🌀Pening
Ini biasa dilihat dalam kes alahan membabitkan makanan laut, walaupun ia sebenarnya boleh berlaku pada sebarang jenis makanan.
Jadi, setiap individu terutama ibu bapa perlu sedikit peka terhadap pemakanan, ubat-ubat yang diambil terutama sekali kanak-kanak
Sedikit berjaga-jaga bagi yang mempunyai sejarah keturunan alahan.
Pemakanan dari ibu yang menyusu bayi juga boleh memberi kesan kepada bayi yang menyusu
JANGAN lupa klik "SHARE" untuk berkongsi pada kenalan anda artikel ini 😎
🌸Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin
☎http://www.wasap.my/601116776799
Comments
Post a Comment