Dah kenal jenis-jenis Panadolš¤?
"Adik ambilkan panadol 1 papan"
"Panadol yang mana satu ya?"
"Ohh ada banyak ka ? Isteri suruh belikan panadol ja. Apa beza ye semua tu?"
Harini admin nak kongsikan jenis-jenis Panadol yang terdapat di pasaran supaya lepas ni dah tahu dan tak tersalah beli.
1⃣Panadol Actifast
✔️Ianya mengandungi sodium yang bertindak meningkatkan pergerakan paracetamol
✔️Boleh membantu melegakan demam sakit yang tidak serius:sakit kepala,migraine, sakit belakang,sakit otot dan sendi,senggugut, sakit radang sendi,sakit gigi, sakit TIDAK SELESA kerana selsema dan sakit tekak
✔️Panadol actifast diserap dua kali lebih cepat kedalam darah berbanding Paracetamol biasa. Jadi ianya lebih cepat memberi kelegaan pada pengguna
✔️Khas untuk pesakit darah tinggi pengambilan sodium yang disarankan adalah bawah dari 1500mg. Setiap tablet Actifast mengandungi 173mg sodium,jika pengambilan tablet actifast sebanyak 2 biji 4 kali sehari, jumlah pengambilan sodium adalah 1384mg belum ditambah dengan diet seharian kita seperti makanan masin. Jadi hati-hati ya
2⃣Panadol Optizorb
✔️Ianya mengandungi paracetamol 500mg. Optizorb menggunakan formula teknologi baru yang mengandungi alginic acid dan calcium carbonate.
✔️Alginic acid bertindak menyerap air dan dan mengembang. Manakala calcium carbonate bertindak balas dengan acid dalam perut yang mana mempercepatkan larutan ubat dalam perut
✔️Membantu melegakan sakit kepala, migraine, sakit tekak, demam dan sakit gigi
✔️Kelebihannya: pantas dan lebih selamat pada mereka yang perlu mengawal pengambilan garam dalam diet mereka.
3⃣Panadol Extend
šKandungannya ialah 665mg paracetamol
šMempunyai kelebihan seperti kesannya yang tahan lama lebih dari 8 jam daripada produk lain kebiasaannya 4-6 jam
šMembantu melegakan kesakitan otot, sakit sendi, sakit belakang dan sakit di bahagian tulang rawan
4⃣Panadol Extra
✔️Kandungannya paracetamol 500mg. Serta tambahan (extra) 65mg kafein
✔️Kafein boleh meningkatkan saiz salur darah dan memudahkan perjalanan darah.
✔️Kafein tidak boleh diambil melebihi 200mg oleh perempuan mengandung.
✔️Begitu juga ibu yang menyusukan bayi, kafein yang dibenarkan tidak melebihi 300mg kerana ianya boleh mengganggu tidur anak susuan
✔️Penggunaannya tidak lebih dari 2 hari seminggu
5⃣Pandol Soluble
š£Panadol soluble adalah yang jenis larut dalam air. Sesuai untuk yang susah menelan ubat biji atau syrup.
š£Namun kandungan sodiumnya tinggi, sedikit berbahaya pada yang mempunyai masalah darah tinggi dan mengamalkan diet kurang sodium
6⃣Panadol Menstrual
✔️Kandungan 500mg paracetamol 25mg pamabron
✔️Pamabrom membantu menyingkirkan air lebihan terkumpul dalam badan disebabkan perubahan hormon. Lebihan air akan dibuang melalui air kencing.
✔️Panadol menstrual sesuai untuk wanita yang mengalami PMS: cramp & kembung perut dan ketidakselesaan semasa awal datang haid
8⃣Panadol Children
šKandungan setiap tablet 120mg Paracetamol
šSesuai untuk kanak-kanak yang sudah boleh menelan.
šDose yang boleh diberikan ialah mengikut berat 15mg/kg
šSebagai contoh berat kanak-kanak adalah 16kg
✔️16kg x 15mg/kg= 240mg
šJadi boleh ambil 2 biji panadol children setiap dos
9⃣Panadol cold+ flu-D
✔️Kandungan paracetamol 500mg, phenylephrine hcl 5mg, chlorphenaramine maleate 2mg dan potassium sorbate 0.6mg
✔️Phenylephrine hcl membantu mengurangkan hidung tersumbat
✔️chlorphenaramine maleate membantu mengurangkan selsema alahan ataupun gatal
✔️Panadol COLD+ FLU-D boleh membantu melegakan hidung berair, bersin, hidung tersumbat, gatal-gatal dan mata berair
š£Hati-hati jika ambil ubat ini semasa memandu atau bekerja, pengambilan ubat ini boleh menyebabkan mengantuk
šPanadol 650
➡️Kandungan paracetamol 650mg
➡️Hanya perlu ambil 1 hingga 1 setengah kaplet untuk 12 tahun ke atas tidak boleh melebihi 6 kaplet sehari
➡️Sesuai untuk yang tak suka ambil ubat 2 biji sekaligus. Kelegaan sakit dalam masa 1 jam. Boleh membantu menurunkan suhu demam dalam 30minit
➡️Tidak selamat diambil bersama alkohol. Kurang digalakkan untuk ibu mengandung.
Boleh digunakan oleh ibu menyusu.
Dah sedikit jelaskan tentang jenis-jenis panadol. Nanti tak susah nak pilih masa nak beli nanti š
JANGAN lupa klik "SHARE" untuk berkongsi pada kenalan anda artikel ini š
♦Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)
šøLike fb page kami difb.my/farmasimarmin
☎http://www.wasap.my/601116776799
šPenghantaran ke rumah? shopee.com.my/farmasimarmin
Comments
Post a Comment