HANCURKAN PIL? BAHAYA KE TAK BAHAYA?
Mak Cik tak suka ubat yang besar, susah nak telan. Boleh tak makcik hancurkan dulu sebelum makan?
HANCURKAN PIL💊? BAHAYA KE TAK BAHAYA?
Menghancurkan pil dan mengambilnya boleh membawa kepada kesan sampingan yang teruk, dan juga kematian.
Sebelum anda berbuat sedemikian pertimbangkan dulu untuk mengambil ubat dari jenis tampalan, supp, cecair ataupun dari alat sedut
🤔Sebab apa ya? Tak pernah tahu pulak
✔️Banyak pil mempunyai lapisan khas untuk mengawal kadar pelepasan ubat apabila memasuki badan.
⚠️Menghancurkan ubat-ubat ini boleh mengubah kadar pelepasan dan membawa kepada overdose sementara.
1⃣Pil yang diambil hanya sekali sehari selalunya mempunyai salutan khas yang menjadikan pembebasan ke dalam tubuh badan perlahan dan sama selama tempoh 24 jam.
➡️Sebagai contoh ubat tahan sakit zolterol SR
(sustained release) yang dilepaskan secara perlahan dalam badan selama 24 jam
(sustained release) yang dilepaskan secara perlahan dalam badan selama 24 jam
⚠️Penghancuran pil ini boleh memberi pesakit terlalu banyak dos pada mulanya, dan kemudian tidak ada untuk lagi separuh hari.
2⃣ Salutan filem (film coated) atau bergula - mengelilingi tablet untuk membuat kan rasa lebih baik. Menghancurkan jenis tablet ini boleh membuat rasanya sangat tidak menyenangkan.
➡️Ubat tahan sakit sebagai contoh: Pontalon
diperbuat daripada salutan filem yang mengurangkan rasa pahit ubat ini
diperbuat daripada salutan filem yang mengurangkan rasa pahit ubat ini
3⃣Salutan Enterik - tablet dengan lapisan enterik tidak boleh dihancurkan. Salutan ini direka untuk melindungi perut dari ubat, melindungi ubat dari asid di dalam perut atau ubat tersebut digunakan selepas perut contohnya dalam dalam usus.
➡️Oleh itu, menghancurkan ubat yang bersalut enterik adalah tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan ubat larut terlalu awal, terurai oleh asid perut dan merengsakan lapisan perut.
Jadi sebelum menghancurkan ubat, tanya dulu pada doktor atau farmasi, untuk mengelakkan perkara yang lain pula berlaku🤗
JANGAN lupa klik "SHARE" untuk berkongsi pada kenalan anda artikel ini 😎
♦Boleh dapatkan di cawangan Farmasi Marmin
1⃣Peramu Pekan (8am-10pm),
2⃣Ketapang Pekan (9am-10pm),
3⃣Wakaf Bharu Kelantan (8am-10pm)
4⃣akan datang di Chini (depan Petronas Bandar Chini).
1⃣Peramu Pekan (8am-10pm),
2⃣Ketapang Pekan (9am-10pm),
3⃣Wakaf Bharu Kelantan (8am-10pm)
4⃣akan datang di Chini (depan Petronas Bandar Chini).
🌸Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin
☎whatssapp kami http://www.wasap.my/601116776799
🚚Penghantaran ke rumah? http://bit.ly/ShopeeMarmin
👨⚕Nak doktor ke rumah? DRAH2U +60102550648
Comments
Post a Comment