KIT HAJI DAN UMRAH BY FARMASI MARMIN🕋

KIT HAJI DAN UMRAH BY FARMASI MARMIN🕋

Kebanyakan barang atau keperluan biasanya pihak Tabung Haji akan bekalkan semasa menunaikan haji tetapi mungkin ada barang yang tidak cukup tetapi amat membantu😍
Anda boleh topup barang-barang yang mungkin penting diperlukan semasa haji
Kebiasaanya untuk menunaikan umrah, anda perlu lenggkapkan barang keperluan ini sendiri.
Bukan apa, memang ubat-ubatan ada dijual di sana tetapi mungkin harganya sedikit mahal dari Malaysia
Anda akan lebih fokus dan kurang terganggu dengan perkara sebegini

Jadi, MARMIN nak kongsikan beberapa barang yang mungkin amat berguna semasa di Tanah Suci🕋
1⃣Pencegahan kuman atau bakteria
✔️Mask- sekotak pakai buang
✔️Hand sanitizer
✔️Antibacterial Wipes

2⃣Ubat-ubatan (merawat dan melegakan)
✔️Demam-paracetamol
✔️Batuk kering-copastin
✔️Selsema, alahan-loratadine
✔️Ubat sakit tekak-difflam lozenges
✔️Ubat sebu dan pedih hulu hati-gaviscon
✔️Cirit-birit-loramide
✔️Mabuk jalan-novomin
*Boleh dapatkan nasihat farmasi untuk dos yang betul


3⃣Barangan peribadi
✔️Bawah lengan -[Smelly no more: Deodorant crystal salt]
✔️Pantyliner- jika batuk yang boleh menyebabkan pakaian dalam kotor

4⃣Sakit sendi, lutut dan lenguh
✔️Koyok/patch
✔️Counterpain krim

5⃣Lain-lain
✔️Minyak angin
✔️Bibir kering, kulit kering-vaseline
✔️Ketip kuku
✔️Plaster luka
✔️Spray wudhuk- tak perlu cari tempat ambil wudhuk yang jauh


TIPS TAMBAHAN😎
➡️Pastikan barang-barang keperluan yang ada didalam checklist tersebut dikumpulkan di satu tempat ataupun di atas meja sebelum dimasukkan ke dalam beg.
➡️Biasanya beg akan diberikan secara percuma oleh agensi pelancongan yang anda ikuti dan barang-barang yang ditulis dicadangkan di atas ini boleh dimasukkan ke dalam bagasi yang sederhana💼.
➡️Keperluan terutama ubat-ubatan digalakkan bawa bersama dengan carry bag kerana suhu dibahagian penyimpanan yang mungkin berubah-rubah.

Selamat menunaikan ibadah haji dan umrah dengan SIHAT, TENANG & BAHAGIA 
JANGAN lupa klik "SHARE" untuk berkongsi pada kenalan anda artikel ini 😎
Boleh dapatkan di cawangan Farmasi Marmin
1⃣Peramu Pekan (8am-10pm),
2⃣Ketapang Pekan (9am-10pm),
3⃣Wakaf Bharu Kelantan (8am-10pm)
4⃣akan datang di Chini (depan Petronas Bandar Chini).
🌸Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin
🚚Penghantaran ke rumah? http://bit.ly/ShopeeMarmin
👨‍⚕Nak doktor ke rumah? DRAH2U +60102550648

Comments

Popular Posts