KEPENTINGAN PENGAMBILAN UBAT CACING

KEPENTINGAN UBAT CACING


Ubat cacing bukan untuk anak kecik sahaja tetapi untuk orang dewasa juga sangat penting pengambilan ubat cacing.

Mungkin masih ramai yang belum tahu kepentingan pengambilan ubat cacing setiap 6 bulan sekali.

Apakah itu serangan cacing?

Parasit adalah organisma yang menjangkiti manusia untuk waktu yang lama dan bersaing dengan manusia untuk mendapatkan nutrisi mereka

Terdapat pelbagai jenis cacing parasit yang boleh menjangkiti manusia iaitu cacing pita (cestod) cacing trematod dan cacing nematod.

▪️Cacing pita/cestod

Jangkitan cacing pita biasanya disebabkan oleh sumber makanan seperti daging mentah atau sumber minuman yang dicemari dengan telur cacing pita. Cacing ini akan bersangkut pada dinding usus

▪️Cacing trematod

Jenis cacing berbentuk seperti daun yang rata dan biasanya menjangkiti manusia melalui makanan laut seperti ikan, ketam atau siput laut.

▪️Cacing nematod

Jangkitan yang disebabkan oleh makanan dan minuman yang tercemar dengan telur cacing melalui luka badan atau serangga seperti nyamuk yang boleh memasukan cacing ke dalam badan manusia

Tanda-tanda anda sedang hadapi jika cacing di dalam perut

💎 Loya
💎 Turun berat badan
💎 Mudah rasa letih
💎 Kembung perut
💎 Kegatalan pada lubang dubur
💎 Tiada selera makan
💎 Wajah pucat
💎 Sakit kepala
💎 Sakit perut @ cirit-birit @ kembung perut @ sembelit
💎 Bengkak muka

Punca utama berlakunya jangkitan cacing disebabkan banyak perkara. Antaranya:

💎Tidak membasuh tangan sebelum makan
💎 Makan makanan yang tidak dimasak sempurna
💎 Makan sayur atau buah-buahan yang tidak dibasuh
💎Minum air yang tercemar
💎Berkaki ayam sewaktu berjalan di atas tanah @ pasir
Jenis Ubat Cacing Jenis Cecair

Jenis Ubat Cacing Jenis Tablet Kunyah

Ubat cacing senang didapati di mana-mana farmasi, terdapat dalam bentuk cecair dan dalam bentuk tablet dengan pelbagai perisa

Boleh terus datang ke Farmasi Marmin untuk dapatkan

Untuk sebarang pertanyaan boleh klik link → linktr.ee/farmasi.marmin

Comments

Popular Posts