Apa Punca Gastrik Dan Pedih Ulu Hati?



GASTRIK DAN PEDIH ULU HATI??😨KETAHUI PUNCANYA🧐

No photo description available.
Sakit gastrik atau istilah yang lebih tepatnya, gastritis adalah keradangan pada dinding perut di bahagian saluran perut kita.🧍🏻 Kebiasaannya, perut kita akan menghasilkan asid hidroklorik yang bertujuan utk mencerna makanan,🍠🥖🥚🌭 dan menghapuskan kuman yang masuk melalui mulut 👄ketika kita makan dan bernafas. 😮😮

JENIS GASTRITIS🤧🤧

yang seringkali berlaku adalah
➡️Gastritis jenis ringan
Berlaku secara tiba-tiba dan berlakunya keradangan🥵🥵 pada bahagian perut yang bersentuhan dengan makanan.
➡️Gastritis jenis berat
Terdapat luka berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan makanan.
Peptic ulcer
Ulser bermaksud luka terbuka dan peptic ulcer adalah keadaan bilamana terdapat Luka terbuka pada bahagian dinding perut.

ANTARA PUNCANYA🤓

pengambilan makanan bercaffein, pedas 🥵dan bergas🥛 secara tidak terkawal
waktu 🕰makan yang tidak teratur.
Pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin, mefenamic acid.💊💊💊
Pengambilan alkohol🍾 dan merokok🤞🏻
pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak🍩🥧🍕🌮🍔🌭

SIMPTOM SIMPTOM SAKIT GASTRITIS 😓😥😰😨


🌻Kembung perut 💨💨
Penghasilan asid berlebihan menyebabkan pembentukan gas dan akhirnya menyebabkan kembung perut.

🌻Pedih ulu hati 😫😩
-sakit bahagian bawah dada, rasa masam dan pahit dan bahagian tekak dan mulut terutamanya selepas makan. Sekiranya simptom ini kerap berlaku diikuti dengan penglihatan yang kabur, kesukaran bernafas dan sakit kepala yang teruk. Adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan doktor. Terdapat juga kes Gastroeosophageal reflux disease (GERD) iaitu bilamana asid dari perut mngalur semula ke salur eosofagus.🤢  .KL
🌻Badan terasa lemah dan lesu 🚶🏻‍♂🚶🏻‍♂🚶🏻‍♂
-menjadi lesu disebabkan badan menahan sakit.
🌻Mual dan rasa ingin muntah🤮🤢🤮🤢
-angin dalam perut yang menyebabkan rasa mual dan ingin muntah. Muntah pesakit gastrik biasanya berwarna jernih, kekuningan dan hijau.

JENIS UBAT UTK MERAWAT GASTRITIS

Terdapat pelbagai jenis ubatan yang bersesuaian bg merawat masalah gastritis. Rujuklah kpd yang ahli farmasi utk mendapatkan rawatan yang tepat.💊🩺

Antara ubatanya adalah;


💊ANTACID (ANTASID)
Antasid akan berfungsi dgn cara berinteraksi dengan asid hidroklorik dalam perut untuk meningkatkan pH utk jadi lebih neutral
Antasid blh didapati dalam bentuk biji tablet atau cecair . Jenis ini blh didapati tanpa preskripsi doktor.👨🏻‍⚕
Contoh antasid : garam magnesium, aluminium dan calcium carbonate. 
Brand yang blh didapati di pasaran adalah spt Gaviscon, Alucid dan Actal

💊H2 BLOCKER
Ubat ini juga dikenali sebagai H2 antagonis
Ubat jenis ini membantu mengurangkan rembesan asid yang dikeluarkn oleh perut. Ubat jenis ini sesuai digunakan untuk merawat ulser yang disebabkan boleh ubat jenis NSAIDS
Contoh ubat: cimetidine, famotidine

💊PROTON PUMP INHIBITOR
Berfungsi dengan cara mengurangkan penghasilan asid dengan cara menghalang enzim di dinding perut dpd menghasilkan asid.
Contoh ubat: omeprazole, pantoprazole

🤩TIPS MENGELAKKAN BERLAKUNYA GASTRITIS 🤩


👉Elakkan makan makanan yang terlalu pedas, tinggi kandungan lemak dan bercaffein 
👉Menjaga waktu makan 
👉Elakkan minuman berkabonat 🥃
👉Elakkan minum minuman beralkohol 🍻dan merokok. 
👉Bersenam setiap hari sekurangnya 30 minit sehari membantu melancarkan sistem 💪🏻penghadaman.
Jom amalkan gaya hidup sihat. Bebas daripada gejala gastritis 💝💖
Cawangan Farmasi Marmin
➀Peramu, Pekan (8am-10pm)
➁Ketapang, Pekan (9am-10pm)
➂Wakaf Bharu, Kelantan (8am-10pm)
➃Chini, Pekan (9am-10pm)
➄Gambang (akan dibuka Mac 2020)
🌸Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin
🚚Penghantaran ke rumah? http://bit.ly/ShopeeMarm

Comments

Popular Posts