Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Jenis Selsema Yang Kita Alami?


JANGAN PANIK🙌🏻 ! KENALI JENIS SELSEMA. 😪🥶😪🥶😪🥶😪


Image may contain: one or more people and text

Sejak kebelakangan ini, kita diberitakan dengan kes-kes influenza di negara kita. Setakat ini, KKM🩺💊🕵🏻‍♀ mengawal dengan baik kes kes yang berlaku. Persoalan bagi kebanyakan masyarakat hari ini, bagaimana untuk mengenal selsema yang dialami ini🧐🤓 , sama ada influenza atau tidak? Jenis selsema apa lagi yang ada ?🤷🏻‍♂

Kali ini, kami ingin🤩🤩 bawakan kepada anda tentang jenis-jenis selsema. Selsema lazimnya berlaku disebabkan pelbagai punca dan faktor dan ianya merebak melalui batuk, bersin 🤧😨dan sentuhan👐🏻 Selsema yang biasa tidak berbahaya, tapi sekiranya tidak dirawat , akan mendatangkan komplikasi seperti pneumonia, jangkitan kuman di telinga dan lain-lain.

Jenis selsema yang perlu kita ketahui:💁🏻‍♂💁🏻‍♂


🔅COMMON COLD (SELSEMA BIASA)-hidung berair dan hingus berwarna jernih, sesetengah keadaan hingus menjadi pekat dan kelabu.
-suhu badan melebihi 38 darjah celcius
-kerap terbersin, mata merah dan gatal-gatal
-sakit tekak dan batuk

🔅ALLERGIC RHINITIS (ALAHAN)-suhu badan 🌡melebihi 38 darjah celcius
-kerap terbersin, mata merah dan gatal-gatal🥺
-tidak mengalami batuk atau sakit tekak

🔅SINUSITIS (RESDUNG)-hingus pekat dan berwarna kelabu😢😢😢
-sakit kepala dan sakit bahagian dalam hidung👃🏻

🔅INFLUENZA / FLU (selsema influenza)-suhu badan 🌡melebihi 38 darjah celcius
-sakit bahagian otot dan sendi.🚶🏻‍♂
-menggigil 🥶, letih😪 dan lesu
-berpunca daripada virus🦠🦠 tertentu dan perlukan pemeriksaan 👨🏻‍⚕ untk memastikan ubat antivirus yang sesuai.
-Pengambilan vaksin influenza adalah salah satu langkah pencegahan daripada dijangkiti virus jenis ini.
-Bulan yang biasa berlaku influenza adalah pada bulan 1-3,7-9 dan 11-12.
-Golongan yang berisiko dijangkiti virus ini adalah kanak-kanak bawah umur 5 tahun, ibu mengandung dan pesakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis

💊UBAT UNTUK SELSEMA💊


➡DECONGESTANT (pelega salur pernafasan)sesuai untuk merawat hidung tersumbat seperti phenylephrine dan pseudoephedrine

ANTIHISTAMINE
juga digunakan untuk merawat hidung tersumbat seperti chlorpheniramine, loratadine dan cetirizine. Ubat jenis ini juga digunakan untuk merawat kegatalan

➡ANALGESIC & ANTIPYRETICuntuk kegunaan menahan sakit kepala dan demam, seperti paracetamol dan ibuprofen.

🌟LANGKAH TERBAIK APABILA SELSEMA 🌟


🌻COMMON COLD --dapatkan rehat dan minum air masak terutamanya air panas secukupnya.
-sedut stim yang mengandungi menthol atau eucalyptol bagi melegakan salur pernafasan.
-basuh tangan dengan bersih sekerapnya dan tidak berkongsi cawan atau barangan lain bagi mengelakkan penyebaran selsema kpd orang lain.
-ubat seperti decongestant membantu mengurangkan hidung tersumbat, tetapi pengambilan seharusnya tidak melebihi satu minggu.

🌻ALLERGIC RHINITIS- elakkan faktor luaran yang menyebabkan alergik spt bulu kucing, habuk dan cuaca yang sejuk.
-pengambilan ubat seperti antihistamine membantu mngurangkan simptom alahan.

🌻INFLUENZA-sekiranya mengalami simptom influenza, dapatkan rawatan segera.
-minum air dengan kuantiti secukupnya dan dapatkan rehat yang mencukupi.
-elakkan berada di tempat orang ramai supaya virus tidak menjangkiti orang lain.
-tutup hidung dan mulut dengan sapu tangan atau tisu apabila batuk dan terbersin.

🌻SINUSITIS-minum air masak secukupnya bagi membantu menipiskan kepekatan hingus dan bendalir di bahagian saluran pernafasan.
-ubat paracetamol sesuai diambil untuk mengurangkan sakit kepala dan demam.
-sekiranya bertambah teruk dalam masa dua hari, dapatkan rawatan doktor.

♦Cawangan Farmasi Marmin
➀Peramu, Pekan (8am-10pm)
➁Ketapang, Pekan (9am-10pm)
➂Wakaf Bharu, Kelantan (8am-10pm)
➃Chini, Pekan (9am-10pm)
➄ Gambang (akan dibuka Mac 2020)

🌸Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin

☎whatsapp kami http://www.wasap.my/601116776799

🚚Perkhidmatan penghantaran ke rumah? http://bit.ly/ShopeeMarm

Comments

Popular Posts