APA PUNCA JADI CIRIT BIRIT NI?? SALAH MAKAN KE?

TIDAK SEMUA CIRIT-BIRIT🤢🥴 DISEBABKAN OLEH KERACUNAN MAKANAN🍜🍛🍲🍝. JOM KENALI PUNCANYA. 👨🏻‍⚕️


Image may contain: one or more people and text 
Masalah cirit birit dikenal pasti apabila kita membuang najis yang lembut dan cair dalam masa yang singkat.😖😣 Cirit birit boleh menyebabkan masalah kekurangan air dalam badan pesakit atau dikenali sebagai dehidrasi. 🥛🥛🥛Keadaan ini adalah berbahaya terutamanya di kalangan kanak-kanak. Peringkat umur kanak-kanak👧🏻👦🏻 dan warga emas berisiko tinggi untuk 👴🏻🧓🏼mudah mengalami gejala cirit-birit. Cirit-birit berpunca daripada pelbagai faktor, bukan sekadar disebabkan oleh keracunan makanan semata-mata.🙂🙂🙂


PUNCA 🧐CIRIT BIRIT

💡INTOLERANSI LAKTOSA (LACTOSE INTOLARANCE)
- Cirit-birit setelah mengambil makanan ‘dairy product’ spt coklat atau susu.🍫🥛🍪🥧
- Berlaku disebabkan kekurangan enzim laktase dalam sistem pencernaan 🧍🏻untuk mencerna makanan yang mengandungi laktosa.

PENYAKIT SEPERTI SINDROM USUS SENSITIF (IRRITABLE BOWEL SYNDROME-IBS)

- Mengalami cirit birit😣 diikuti simptom spt sakit dan kejang usus, kembung perut, loya.🤢
- Sesetengah kes, pesakit akan mengalami sembelit. 😥
- Faktor penyebab; keturunan, radang usus, alahan makanan. 🥵


PENYAKIT SEPERTI INFLAMMATORY BOWEL SYNDROME ATAU CROHN’S DISEASE

- Cirit-birit diikuti najis yang berdarah🩸 atau ada berlendir.
- Kemungkinan disebabkan oleh jangkitan kuman,🦠🦠 penyakit seperti IBD dan crohn’s disease.
- Sekiranya ada darah atau lendir, pesakit dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan doktor. 👨🏻‍⚕️


JANGKITAN KUMAN,🦠 VIRUS DAN PARASIT

- Pesakit mengalami simptom demam🥵, lemah badan, kerap muntah🤮 dan hilang selera makan. 🤢
- Berpunca daripada makanan yang dijangkiti atau persekitaran yang kurang bersih. 👐🏻
- Perlu mendapatkan rawatan doktor dengan kadar segera bagi mendapatkan rawatan yang tepat. ✅


LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL KETIKA CIRIT-BIRIT🕵🏼‍♂️


- Minum air secukupnya terutamanya jika mengalami demam. 🥛
- Elakkan mengambil air berkarbonat, yang tinggi kandungan glukosa .🥧🧁🍦🍨
- Elakkan mengambil minuman atau makanan di gerai yang kotor.😧
- Untuk kanak-kanak,👧🏻👧🏻👦🏻 dinasihatkan untuk memberi air masak seckupnya, bagi bayi susu ibu adalah yang terbaik.
- Sekiranya terdapat simptom, segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya. 👏🏻👏🏻
- Cirit-birit berjangkit juga mudah merebak melalui sentuhan, basuh tangan💁🏻‍♂️ dengan betul menggunakan sabun anti bakteria.
- Elakkan pengambilan makanan susu, makanan berminyak🍤🥘🍔🌭 tinggi serat dan makanan yang mengandungi gula yang tinggi.


UBATAN BAGI CIRIT-BIRIT🩺💊🩺💊🩺


💟BULK FORMERS & ADSORBENT (PENYERAP)
- Bertindak menyerap air, menjadikan najis kurang berair dan lebih keras. Ubat jenis ini juga bertindak mnyerap toksin.
- Elakkan menggunakan ubat jenis ini melebihi 2 hari dan elakkan menggunakan ketika demam.🥵
- Contoh : Activated charcoal, kaolin dan smectites

💟NARCOTIC ANTIDIARRHELAS
- Bertindak mengurangkan kontraksi otot pada bahagian usus, tindakan ini akan menyebabkan air lebih bnyak diserap dpd makanan 🍳🍚🍲yang berada dalam usus sekaligus mengurangkan kekerapan membuang air besar. 🙂
- Ubat ini menyebabkan mengantuk. 😴😴😴🥱
- Contoh: Diphenoxylate dan Loperamide

💟ANTIMUSCARINC
- Bertindak mengurangkan pergerakan usus dan kontraksinya.
- Contoh : Atropine sulfate

💟ANTIBIOTIK
- Diberikan sekiranya mengalami cirit birit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.🦠🦠🦠

💟UBAT ANGIN💨 DAN KEJANG PERUT 😟seperti hyoscine dan domperidone boleh dimakan bagi mengurangkan ketidakselesaan perut

💟ORAL REHYDRATION SALT
- Menggantikan cecair dan elektrolit yang hilang disebabkan muntah dan cirit-birit dan membantu menyelesaikan masalah dehidrasi. 😰
- Untuk diberikan kepada kanak kanak, boleh dibancuh dan diberikan sikit-sikit sekerapnya, boleh disimpan dalam peti selama 24jam⏰ setelah dibancuh.

Adalah dinasihatkan utk memandang serius sekiranya anda atau ahli keluarga anda mngalami gejala cirit birit. Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi bagi mendapatkan rawatan yang sesuai. 🥰😘
♦Cawangan Farmasi Marmin
➀Peramu, Pekan (8am-10pm)
➁Ketapang, Pekan (9am-10pm)
➂Wakaf Bharu, Kelantan (8am-10pm)
➃Chini, Pekan (9am-10pm)
➄Gambang (akan dibuka Mac 2020)
🌸Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin
🚚Penghantaran ke rumah? http://bit.ly/ShopeeMarm

Comments

Popular Posts