KENALI JENIS TOPENG MUKA



Meskipun kes COVID-19 semakin menurun dari hari ke hari, penjagaan kita perlu tetap diperketatkan untuk kita terus berjaya menangani wabak ini. 
Kita perlu jelas dalam memahami jenis topeng muka supaya kita membuat pilihan yang bijak dalam kita bertindak memerangi wabak ini.
Terdapat 3 jenis topeng muka yang kebiasaannya kita lihat, ada banyak jenis sebenarnya;
  1. TOPENG MUKA JENIS KAIN
    ☘️Centre for Disease Control Prevention (CDC) menggalakkan pemakaian topeng muka jenis ini di tempat awam
    ☘️bagi mengelakkan penyebaran virus dpd pembawa yang tidak mengalami simptom
    ☘️tahap kberkesanan topeng muka jenis kain adalah bergantung kpd jenis kain yang digunakan
    ☘️pada masa yang sama, penjarakkan sosial dan penjagaan kebersihan diri perlu kekal diamalkan
    ☘️topeng jenis ini tidak sesuai utk kegunaan kanak2 bwah umur 2 tahun dan individu yang ada masalah pernafasan
    ☘️pemakaian topeng jenis ini adalah lebih baik daripada tidak memakai terus apa2 jenis topeng muka
    ☘️topeng yang telah di pakai hendaklah dicuci dengan sabun dan dijemur sekiranya hendak dipakai balik.
2. TOPENG MUKA PEMBEDAHAN / “SURGICAL FACE MASK”
☘️Jenis topeng ini menapis muka pemakai daripada semburan, percikan dan titisan air yang mengandungi kuman atau virus
☘️bahagian warna hendaklah dipakai di bahagian luar yang bertindak sbg penapis
☘️bahagian berwarna putih dipakai di sebelah dalam berfungsi sebagai penyerap.
☘️pakai buang.
☘️membantu menapis virus dan kuman sehingga 75% keberkesanannya.
3. TOPENG MUKA N95
☘️jenis topeng ini menapis muka pemakai daripada semburan, percikan dan titisan yang mengandungi kuman atau virus
☘️juga berkesan menapis habuk dan asap jerebu
☘️membantu menapis virus dan kuman sehingga 95% keberkesanannya
☘️lebih kemas apabila dipakai berbanding topeng muka yang lain.
KEPERLUAN MEMAKAI TOPENG MUKA ADALAH BAGI GOLONGAN BERIKUT
- petugas kesihatan yang mengendalikan pesakit
- penjaga individu yang ada gejala pernafasan
- petugas barisan hadapan spt polis, tentera
- individu yang ada simptom spt batuk,selsema dan demam
LANGKAH PEMAKAIAN YANG BETUL
- bahagian warna putih di sebelah dalam serta kepingan besi di terletak di ats hidung
- tutup keseluruhan hidung sehingga dagu
- ikat di bahagian belakang kepala atau sangkut ke telinga dengan kemas
TIPS PEMAKAIAN TOPENG MUKA
- jangan berkongsi topeng muka
- elakkan daripada memegang bahagian luar topeng muka
- dipakai sekali sahaja bagi jenis pakai buang
- apabila ingin menanggalkan topeng muka, elakkan memegang bahagian permukaan topeng muka dan memegang muka.
- jangan buang atau letak di merata tempat
- basuh tangan dengan air sabuh selepas menanggalkan dan melupuskan topeng muka.
♦Cawangan Farmasi Marmin:
➀Peramu, Pekan (8am-7pm)
➁Ketapang, Pekan (8am-7pm)
➂Wakaf Bharu, Kelantan (8am-7pm)
➃Chini, Pekan (8am-7pm)
➄Gambang (8am-7pm)
-Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin
-Penghantaran ke rumah? http://bit.ly/ShopeeMarm

Comments

Popular Posts