UBAT UBATAN KETIKA BERPUASA

👉🏻Bersempena bulan Ramadhan ini, Marmin ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-mubarak, selamat berpuasa kepada semua umat islam. Di sini, Marmin ingin berkongsikan sedikit info mengenai penggunaan ubat-ubatan semasa berpuasa. 👉🏻Apakah jenis ubat-ubatan yang boleh membatalkan puasa, atau yang tidak membatalkan puasa ? 👉🏻Walaubagaimanapun, nasihat Marmin, sekiranya keadaan lebih memudaratkan berlaku ke atas kita yang menuntut untuk kita berbuka puasa, maka berbukalah (keringanan bagi orang yang sakit). Sepertimana Allah berfirman; 👉🏻 Bulan ramadhan; bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan -penjelasan mengenai petunjuk itu dan perbezaan (antara haq dan batil). Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Al-Baqarah:184) 💊UBATAN YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA 🌸Ubat titis mata dan titis hidung 🌸Ubat pencuci telinga (ear wash) dan ubat titis telinga-dengan syarat tidak sampai ke gegendang telinga. 🌸Tablet sublingual (bawah lidah) -dengan syarat, tidak ditelan 🌸Ubat jenis sapuan seperti krim dan salap (ointment) pada permukaan kulit 🌸Ubat plaster pada permukaan kulit 🌸Ubat kumur (gargle ) dan ubat jenis semburan ke dalam mulut -dengan syarat tidak ditelan 🌸Ubat sapuan ke dalam mulut dengan syarat tidak ditelan. 🌸Ubat semburan hidung tanpa menyedut 🌸Ubat jenis suntikan melalui bawah lapisan kulit, sendi, otot dan salur darah 💊UBATAN YANG MEMBATALKAN PUASA 🌻Ubat jenis biji yang ditelan dan air yang diminum 🌻Ubat jenis pesari yang dimasukkan ke dalam faraj 🌻Ubat jenis enema atau suppositori yang di masukkan ke dalam bahagian rektum 💊UBAT JENIS INHALER😷 🌟Bagi ubat jenis sedutan iaitu inhaler yang kebiasaannya digunakan bagi pesakit asma, Ubat pesakit asma yang bertindak sebagai pencegah blh diambil pada waktu sahur dan berbuka. 🌟Sekiranya diperlukan inhaler jenis pelega pada siang hari, terdapat dua pendapat ulama dalam kes ini ; 1️⃣BATAL puasa kerana bahan-bahan dalam inhaler akan sampai ke dalam perut melalui mulut. 2️⃣TIDAK BATAL puasa kerana satu semburan hanya mempunyai kandungan titisan air yang diibaratkan seperti bkumur sahaja. 🌟Maka terpulang kepada pesakit untuk mengambil pendapat yang diyakininya. Bagi prosedur rawatan ; 🩺PROSEDUR YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA 🩺 🌸Menderma dan menerima darah 🌸Mengambil darah untuk ujian makmal 🌸Ujian swab covid-19 🌸Mencabut, menampal dan memberus gigi 🌸Memasukkan tiub kateter melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung. 🩺PROSEDUR YANG MEMBATALKAN PUASA🩺 🌻Memasukkan sebarang tiub kateter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing, 🌻penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman. 👉🏻Untuk sebarang persoalan lanjut, boleh rujuk kepada doktor dan ahli farmasi anda 👨🏻‍⚕️👨🏻‍⚕️ Waktu operasi cawangan Farmasi Marmin sepanjang PKP: ➀Peramu, Pekan (8am-6.30pm) ➁Ketapang, Pekan (8am-6.30pm) ➂Wakaf Bharu, Kelantan (8am-6.30pm) ➃Chini, Pekan (8am-6.30pm) ➄Gambang, Kuantan (8am-6.30pm) 🌸Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin whatsapp kami http://www.wasap.my/601116776799 🚚Penghantaran ke rumah? http://bit.ly/ShopeeMarm

Comments

  1. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    -bandar 66
    -perang baccarat (new game )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    PROMO MENARIK
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts