
Ekzema adalah sejenis keadaan kulit yang keradangan, bengkak , gatal-gatal dan kelihatan kemerah-merahan.

Adakalanya ekzema kelihatan berkerak pada permukaan kulit dan berlaku pada bahagian siku, pipi dan lutut.

Tahap ekzema boleh jadi bertambah buruk sehingga gatal berpanjangan dan menjadi luka apabila digaru.

Ekzema biasanya berlaku dalam kalangan bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.

Sesetengah keadaan, ekzema menjangkiti sepanjang tempoh kanak-kanak sahaja, namun, terdapat juga yang menghadapi ekzema sepanjang hayat.

Punca utama ekzema tidak diketahui namun ekzema berlaku disebabkan oleh tindak balas imun sistem yang terlalu sensitif kepada sesuatu penyebab iritasi kulit

mempunyai keturunan yang ada ekzema

mudah terjadi pada kulit kering, gatal dan sensitif kpd kepanasan

jangkitan virus

bahan kimia peransang (allergen) seperti sabun basuh pinggan dan minyak wangi.

Elakkan memakai baju berlapis-berlapis

Berikan pakaian daripada kapas dan nipis

Beri keselesaan kepada anak anda seperti bilik yang ada pengudaraan yang baik

Awasi makanan yang membuatkan keadaan ekzema bertambah teruk, atas nasihat doktor.

Setelah mandi dan keringkan badan, sapukan losyen bagi memberi kelembapan

Elakkan fabrik yang kasar

Gunakan sabun yang bersesuaian dengan kulit anak anda.

Krim pelembap kulit untuk menahan kekeringan dan kegatalan kulit. (aqueos cream)

Krim steroid bagi merawat keradangan kulit yang teruk.(hydrocortisone,betamethasone)

Ubat makan tahan gatal seperti antihistamin (cetirizine, chlorpheniramine)

Antibiotik sekiranya terdapat jangkitan kuman.

Cawangan Farmasi Marmin

Peramu, Pekan (8am-9.30pm)

Ketapang, Pekan (9am-9.30pm)

Wakaf Bharu, Kelantan (8am-9.30pm)

Chini, Pekan (9am-9.30pm)

Gambang, Kuantan (8am-10pm)

Klinik Marmin (bakal di buka Julai 2020)
Izin promo ya Admin^^
ReplyDeleteBosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa
- Telkomsel
- XL axiata
- OVO
- DANA
segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)