TELUR & KOLESTROL


𝐓𝐄𝐋𝐔𝐑 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑𝐎𝐋
Ramai yang takot nak makan telur sebab takot kolesterol. Yang kolestrol dah siap tinggi nampak trauma betul dengan telur, lagi lagi kuning telur.
Telur atau ovum ayam ni (ayam ade sperma ke?) banyak khasiat, selalu di salah erti kan, dan selalu berkait rapat dengan sukan bina badan. Kalau anda makan lebih dari dua biji sehari, anda pasti akan di cop sebagai bina badan.
Tahu kah anda?? Penyumbang kolestrol utama bukan dari telur, tapi dari cara masakan telur, ternyata telur tidak salah. Suspek utama penyebab kolestrol tinggi di kalangan masyarakat kita adalah kerana kegemaran cara masak iaitu 'deep fried'. Ayam deep fried, ikan deep fried, nasi deep fried, telur pun deep fried. Nasib baik nak masak air tak guna minyak, kalau tak masak air pun deep fried.
Tambah pulak, celup celup tepung. Gula dan tepung kombinasi terbaik untuk naik kolesterol jahat.
Mana tak naik mencanak total kolesterol.
Jika anda amek 4 biji telur sehari (sekali kuningnya sekali) dengan cara masakan yang lebih sihat seperti masak tanpa minyak, rebus, masak separuh (jangan makan mentah, risiko jangkitan adalah tinggi), terbukti kolestrol anda akan turun mendadak.
Kuning telur juga boleh membantu menaikkan kolestrol baik iaitu HDL dalam darah dan boleh lindung jantung anda. Tak semua jenis kolestrol jahat, yang baik pun ada. Tak baik tau stereotyping kan kolestrol.
Jangan amalkan deep fried. Amal telur 4biji sehari pun tak jadi masalah. Amek 4 biji telur rebus adalah lebih baik untuk badan anda dari 1 biji goreng minyak bertakung.
Telur juga bagus dalam penghasilan hormon dan bagus utk kemandirian lelaki dan wanita. Boleh try amal makan telur untuk lebih power dan lebih kilometer.
Seperti mana kita tau, kolestrol tinggi meningkat kan risiko sakit jantung, stroke dan juga rosak pembuluh darah yang bleh membawa kepada pemotongan kaki.
Sayangi telur anda, eh sayangi jantung anda.
°. 🎀 𝒷𝓎 𝒟𝑅 𝐻𝒜𝐹𝐼𝒵 🎀
♥ Klinik Marmin Teluk Sisek, Kuantan ♥

Comments

Popular Posts