"LAMANYA DALAM TOILET !!"
Pasti ramai yang pernah menjalani episod- episod haru bila cirit -birit menjelma

Bukan setakat haru sorang- sorang, tetapi awas ya!
BOLEH BERJANGKIT

YA. DITAIP SEKALI LAGI,
B. E.R.J.A.N.G.K.I.T!

Nak tahu macam- mana 'cherry-berry' (baca cirit-birit) boleh berlaku?

Jom MARMIN kupas satu-persatu!


Tanda-tanda anda mengalami cirit birit :

Najis yang cair

Tidak mampu mengawal najis yang keluar atau bahasa mudah "terbuang tanpa sengaja"

sakit atau kejang perut

kerap menggunakan tandas

dehidrasi
Simptom bertambah buruk apabila anda sebenarnya berpunca daripada keracunan ! Oh no!


Mual dan muntah & hilang selera makan

Berkemungkinan demam

Buang angin yang berbau busuk

MARMIN, cirit- birit ni biasanya berapa hari ya???

Kebiasaannya berlaku dalam tempoh 2-4 hari, namun begitu sekiranya simptom berlarutan, anda perlu segera mendapatkan khidmat nasihat doktor!

MARMIN, saya ni tak keracunan pun. Okay jek. Tapi kenapa saya cirit-birit eh?

Tak semestinya keracunan je cirit-birit tau! Alahan pun boleh jadi! Anda perlu semak semula :

gaya pemakanan anda untuk tempoh tertentu.
Sbg cth : pengambilan jajan "cikedis cikedut" atau makanan ringan yang berpotensi menyebabkan usus anda tidak dapat menerima dengan baik dan cuba mengusirnya dengan pantas


alahan terhadap sesetengah produk makanan seperti produk bersusu

ketidakhadaman makanan

MARMIN, saya nak pakai sarung astronout lah. Takut berjangkit!!! Takmo cirit birit!

Tak perlu pun jd "angkasawan jadian" ! Hanya amalkan langkah :

Cuci tangan anda dengan tangan air dan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas atau mengendalikan makanan

Seeloknya mengasingkan papan pemotong khusus untuk bahan mentah dan yang lain lain untuk mengelakkan pencemaran silang yang menyebabkan keracunan makanan

Semak tarikh luput makanan anda

Minum dan makan daripada sumber yang bersih

MARMIN, kalau dah kena, acano nak bagi baik??

Pergi farmasi untuk dapatkan ubat atau ke klinik. Kalau simptom berlarutan sehingga berhari-hari, segera dapatkan rawatan di hospital ya!
Bekalan ubat atau rawatan yang dicadangkan antaranya :

Hyoscine butylbromide10mg

digunakan untuk melegakan simptom kejang perut , memulas atau irritable bowel syndrome

membantu usus untuk berehat

diambil secara oral 1-2 biji, 3-5 kali sehari (6 tahun ke atas)

loperamide 2mg

digunakan untuk cirit birit yang mendadak (melancong) , cirit birit yang disebabkan irritable bowel syndrome

bantu dengan memperlahankan pergerakan usus dan memejalkan najis

diambil secara oral 1-2 biji, 3-4 kali dewasa (max 16mg sehari dibawah pemantauan doktor)

activated charcoal 250mg

digunakan untuk melegakan simptom keracunan yang menyebabkan cirit birit dan juga angin

menyerap bahan toksik dan menghalang penyerapan gastrointestinal lalu membantu melegakan kembung perut akibat angin dalam perut

diambil secara oral 2-4biji, 2-4 kali sehari (dewasa), 1-2 biji, 3-4kali sehari (remaja atas 12 tahun)

DiaresQ 7g

bantu meningkatkan nutrisi dan bantu tingkatkan imunisasi tubuh anda

memberi usus bekerja dengan semulajadi agar simptom diarrhea berlalu dengan semulajadi

campuran kolostrum dan telur. Berperisa vanilla. Perlu dibancuh

1 sachet sahaja sehari

Smecta 3g

bantu memelihara dinding usus anda

bantu melegakan cirit birit kanak kanak dan dewasa

mengandungi smectite dan berperisa orange vanila

dilarutkan dalam air.

dewasa , 3 sachet sehari. Kanak kanak 2-4 sachet sehari.

Axcel kaopec

bantu melegakan cirit birit

menarik bahan bahan yang bertoksik menyebabkan cirit birit

mengandungi kaolin dan pectin

kanak kanak 6-12 tahun, 20ml, 3 kali sehari.

ors ( oral rehydration salt )

sejenis garam yang digunakan untuk menambah garam dan elektrolit yang telah hilang dr badan

mengelakkan dehidrasi iaitu salah satu akibat dr cirit birit

berperisa. Perlu dilarut air

kanak kanak bawah 2 tahun ( 3 sachet x 250ml )
kanak kanak 2 tahun keatas ( 6 sachet x250ml)
Dewasa ( 4 sachet × 250ml )
Sekiranya anda mempunyai masalah, segeralah mendapatkan rujukan daripada doktor


Cawangan Farmasi Marmin

Peramu, Pekan (8am-10pm)

Ketapang, Pekan (9am-9:30pm)

Wakaf Bharu, Kelantan (8am-10pm)

Chini, Pekan (9am-930pm)

Gambang, Kuantan (8am-10pm)

Klinik Marmin, Kuantan (9am-6pm)
Comments
Post a Comment