TAHI TELINGA KERAS??? (BLOCKED EAR WAX)
Hai! Kami di Farmasi Marmin kerap kali menerima persoalan daripada pelanggan kami;mengapa terasa sakit telinga selepas korek telinga, telinga berdesing dan rasa tersumbat. Mengapa ya agaknya?
Di sini, kami ingin berkongsikan sedikit ilmu berkaitan telinga dan fokusnya kepada masalah tahi telinga keras atau tersumbat



Apakah itu tahi telinga?

Tahi telinga merupakan lilin telinga atau kerapkali dipanggil "ear wax"

Mengandungi lapisan "lipid-rich cerumen" yg bersifat hydrophobic iaitu mencegah daripada pengumpulan air terlalu banyak daripada meresap ke salur telinga

Apakah fungsi tahi telinga?

memberi kelembapan pada bahgian kulit salur telinga serta mengelakkan telinga daripada kering dan gatal-gatal

Melindungi telinga daripada jangkitan yang boleh merosakkan permukaan kulit di saluran dalam telinga

Sebagai perisai antara gegendang telinga dan kawasan luar telinga dengan cara memerangkap debu, kotoran dan habuk.

Cara penjagaan telinga yang betul

tahi telinga kebiasaannya akan keluar secara jadi

cara membersih yang betul adalah dengan cara menggunakan kain yang bersih.

Elakkan menggunakan kuku yang tajam semasa proses pembersihan

mengorek telinga menggunakan lidi, batang mancis, pin tudung dan jarum adalah dilarang sama sekali kerana boleh menyebabkan luka pada permukaan salur telinga. Hal ini sterusnya menyebabkan jangkitan kuman

penggunaan putik kapas boleh menyebabkan tahi telinga ditolak jauh ke dalam telinga sekaligus akan mengurangkan fungsi pendengaran kerana putik kapas boleh menyebabkan tahi telinga tersumbat.

Punca tahi telinga keras

Penghasilan tahi telinga yang berlebihan. Ini adalah berbeza mengikut individu. Bagi orang tua juga, penghasilan tahi telinga adalah tinggi berbanding orang muda

Salur telinga yang bersaiz kecil lalu menyebabkan tahi telinga mudah terperangkap

Kekerapan jangkitan kuman di telinga dan berkumpulnya air dalam telinga menyebabkan salur telinga mengecil lalu menyebabkan tahi telinga mudah tersumbat

Cara pembersihan tahi telinga yang salah seperti penggunaan putik kapas yang menolak masuk tahi telinga lalu menyebabkan tersumbat.

Simptom tahi telinga keras

kehilangan pendengaran secara tiba-tiba atau separa yang biasanya bersifat sementara

tinnitus: rasa berdengung atau berdesing di dalam telinga

terasa penuh dalam telinga

sakit telinga

Rawatan tahi telinga keras

menggunakan titisan minyak zaitun

penggunaan ubat titis telinga yang boleh didapati di Farmasi seperti Cerumol, Soluwax

melalukan air yang bersuhu bilik ke saluran telinga.

FARMASI MARMIN BUKA :

Peramu : 8pg-10mlm

Ketapang :9pg-930mlm

Wakaf Bharu:8pg-10mlm

Chini : 9pg-930mlm

Gambang : 8pg-10mlm

Inderapura & Jerantut bakal DIBUKA!

KLINIK MARMIN BUKA :

9pagi - 9malam
(Isnin - Sabtu)

10pagi - 9malam
(Ahad)
Comments
Post a Comment