PENTING KE UBAT CACING UNTUK ANAK?

 PENTING KE UBAT CACING UNTUK ANAK?

Cacing boleh berlaku kepada sesiapa saja termasuk anak kecil dan bayi. Kadang kala ibu bapa ‘terlepas pandang’ mengenai hal ini. Jangkitan cacing adalah jangkitan parasit yang boleh hidup dalam darah, usus atau organ tubuh.
Orang dewasa juga tidak terlepas daripada terkena jangkitan cacing,Ia terjadi disebabkan oleh sistem sanitasi yang mundur, kebersihan diri yang tidak dijaga, tidak memakai selipar ketika berjalan di atas permukaan kotor dan memakan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna
Cacing akan masuk ke tubuh kanak-kanak apabila mereka termakan telur cacing yang berada dalam makanan. Ini dilakukan secara tidak sengaja apabila mereka membeli makanan-makanan yang dimasak secara tidak sempurna di gerai-gerai. Telur cacing ini akan menetas di dalam usus kecil. Mereka membesar dengan mendapat zat pemakanan di usus ketika proses penghadaman. Cacing yang dewasa mengawan dan bunting akan bergerak ke usus besar dan rektum. Telur cacing ini akan dikeluarkan melalui najis.
Kanak-kanak yang mengabaikan kebersihan tangan sebelum makan adalah golongan utama yang menjadi mangsa jangkitan parasit cacing. Selain itu cacing juga boleh memasuki tubuh melalui kulit kaki yang terdedah. Terdapat pelbagai jenis cacing yang menjadikan tubuh kita sebagai tempat untuk mereka membesar dan membiak. Antaranya cacing cangkuk (hook worm),cacing gelang (round worm), cacing benang (thread worm), cacing kerambit dan cacing pita (tape worms).
Oleh itu berhati-hatilah ketika memakan makanan yang dikhuatiri tidak dimasak dengan sempurna. Jika menggunakan tandas awam, pastikan kita membersihkan mangkuk tandas sebelum duduk di atasnya.
Antara simptom-simptom yang disebabkan cacing dalam tubuh ialah pucat akibat anaemia (kekurangan darah merah), cepat rasa lemah dan letih, kurang selera makan, dan abdomen yang kembung. Adakalanya terdapat juga tanda-tanda kegatalan di kulit kaki dan lubang dubur. Cacing-cacing ini akan mengambil nutrien makanan yang diserap ketika kita makan dan menyebabkan tubuh mengalami kekurangan zat makanan. Inilah yang menyebabkan kanak-kanak akan menjadi cepat penat dan perkembangan fizikal mereka mudah terganggu.
Selain itu jangkitan cacing yang kronik memberikan kesan yang merbahaya. Ini bermakna cacing telah berada di dalam tubuh bertahun-tahun tanpa disedari. Sebagai contoh, cacing pita boleh menyebabkan kerosakan pada otak, cacing kerambit boleh menyebabkan luka pada usus sementara cacing gelang boleh menyebabkan usus tersumbat, sembelit dan kembung abdomen.
Ubat cacing (deworming) selalunya diberikan dalam jarak antara enam bulan hingga setahun sekali. Jarang sekali kanak-kanak mengalami kesan sampingan yang merbahaya dari ubat yang dimakan. Selalunya cacing mati yang dikeluarkan akan menyebabkan kulit kanak-kanak itu menjadi ruam dan mereka mengadu kegatalan. Deworming secara berkala juga akan membantu mengeluarkan cacing serta telurnya dari usus kanak-kanak yang dijangkiti.
Dos yang diberikan bergantung kepada umur kanak-kanak itu. Bagi kanak-kanak antara 1-2 tahun, 5 ml diberikan sebagai dos tunggal. Sementara bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas, 10ml diberikan sebagai dos tunggal.
Namun jika kita dapati terdapat cacing pada najis di tandas, maka dos ubat cacing ini seelok-eloknya diteruskan selama tiga hari. Jika masih lagi terdapat banyak cacing dalam najis pada hari ke-empat atau terdapat bukti bahawa kanak-kanak itu dijangkiti parasit cacing yang kronik, bawalah anak berjumpa dengan pakar paediatrik. Pemeriksaan najis melalui mikroskop akan memberitahu jika kanak-kanak ini telah bebas dijangkiti parasit cacing.
Waktu Operasi Marmin:
🟪FARMASI MARMIN BUKA :
✅Peramu : 8pg-10mlm
✅Ketapang : 9pg-930mlm
✅Wakaf Bharu : 8pg-10mlm
✅Chini : 9pg-930mlm
✅Gambang : 8pg-10mlm
✅Inderapura : 9pg-10mlm (weekday)
9pg-6ptg (weekend)
✅Jerantut : 9pg-8mlm
🟦KLINIK MARMIN BUKA :
✅9pagi - 9malam
(Isnin - Sabtu)
✅10pagi - 9malam
(Ahad)


Comments

Popular Posts