⭕ *SAYA NI GOO××E JE😌* . ⭕ *SENANG JE AIH, KAWAN SAYA SYORKAN PAKAI, TENGOK KAT YO××××E 🥸*

 

⭕ *SAYA NI GOO××E JE😌*
.
⭕ *SENANG JE AIH, KAWAN SAYA SYORKAN PAKAI, TENGOK KAT YO××××E 🥸*
.
Ramai ni yang datang ke Farmasi Marmin , bagitahu MARMIN macam ini untuk dapatkan ubat jeragat jenis hydroquinone di kaunter farmasi😅
.
🚫Peringatan :
Hydroquinone adalah sejenis ubat terkawal dan hanya boleh dibeli dengan konsultasi ahli farmasi dan preskripsi doktor yang merawat sahaja
.
⭕ Macam mana hydroquinone ni orang kata sebagai ubat jeragat MARMIN?
.
✅ Hydroquinone adalah sejenis ubat topikal iaitu krim jenis sapu
.
✅ Ia bertindak dengan menghalang pigmentasi dimana pigmentasi adalah proses dimana melanin memberikan warna kepada kulit, rambut dan sebagainya apabila terkena cahaya matahari.
.
✅ Jadi, secara amnya.. bila pigmentasi terhalang = jeragat berkurang.
.
⭕ Macam mana nak pakai ubat ni , MARMIN 🤔
.
✅ Perlu buat patch test terlebih dahulu kerana antara efek ubat ini ialah ia mampu merengsakan kulit terutama mereka yang berkulit sensitif
.
✅ result patch test perlu dilihat dalam masa 24 jam
.
✅ disapu atas kulit secara nipis sebanyak 2 kali sehari dalam tempoh 2 bulan atau atas saranan doktor dan ahli farmasi
.
✅ kesan akan dilihat beberapa minggu selepas penggunaan dan ia bertahan dalam 2 ke 6 minggu selepas penggunaan dihentikan.
.
⭕ Bolehke saya guna lama lama MARMIN? Saya nak flawless😆
.
✅ Penggunaan yang berterusan tanpa pengawasan adalah tidak digalakkan.
.
✅ Ia tidak bertujuan sebagai produk penjagaan kulit. Ia adalah ubat terkawal. Penggunaan yang melebihi dos ditetapkan dalam jangka masa panjang bakal mengundang padah!
.
⭕ Ada pantang larang tak MARMIN sepanjang guna hydroquinone ni?? 👀
.
✅ Wajib pakai sunblock. Ia bertujuan melindungi kulit anda daripada menjadi udang 🦐 kepanasan apabila terkena cahaya mentari.
.
✅ perlu diingatkan ia adalah skin bleaching agent. Jadi, elakkan berjemur dibawah cahaya mentari secara lansung sepanjang rawatan ya👀
.
Haaa.. nak tahu lebih lanjut?
Ahli Farmasi Marmin sedia membantu anda😃
.
Hubungi MARMIN di talian 👇🏻 :

Comments

Popular Posts