TAHI TELINGA KERAS ? JOM KETAHUI PUNCANYA 👂👂👂
Hai kesayangan MARMIN ! Tahukah anda semua ada dua jenis tahi telinga iaitu, tahi telinga basah dan tahi telinga kering.Secara semula jadinya, ada individu yang sememangnya mempunyai jenis tahi telinga kering. Ada juga yang mempunyai jenis tahi telinga lembut dan juga basah.
Namun, pengumpulan tahi telinga terlalu lama dalam saluran telinga boleh menjadikan ia kering dan keras.
Selain itu, tahi telinga juga menjadi keras dan kering disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
Menggunakan putik kapas
Memasukkan sesuatu ke dalam telinga seperti pen
Saluran telinga yang sempit dan kecil
Saluran telinga yang berbulu
Jadi apakah cara yang boleh digunakan untuk membuang tahi telinga keras?
Ubat tahi telinga
Minyak (Minyak Zaitun,minyak kelapa)
Langkah penggunaan:
Baring mengiring dengan telinga yang ingin dibersihkan berada di bahagian atas.
Titiskan ubat tahi telinga ke dalam lubang telinga anda.
Biarkan ubat tersebut berada dalam telinga anda sekitar lima minit. Ini bertujuan agar ubat tersebut meresap dan melembutkan tahi telinga kering.
Sediakan tisu dan letakkannya pada lubang telinga anda.
Lap cecair dan tahi telinga yang keluar daripada telinga anda.
MARMIN share kan juga dekat sini antara ubat yang boleh membantu ! Semoga bermanfaat !
Comments
Post a Comment