BERAPA LAMA UBAT TITIS MATA BERTAHAN SETELAH DIBUKA ?🤔

Antara ubat titis mata (OTC)


🟦Hai kesyangan MARMIN , hari ni nak kongsi dengan semua tentang jangka hayat ubat titis mata setelah dibuka ! Bukan apa ramai sangat yang terlepas pandang bahagian ni.... JOM MARMIN KONGSIKAN !
.
🟦Ubat titis mata merupakan sediaan steril ( bebas daripada kuman) yang digunakan untuk merawat masalah pada bahagian mata. Terdapat pelbagai jenis sediaan ubat mata di pasaran dengan pelbagai tujuan penggunaan.
.
🟦 Ubat titis mata yang tidak dibuka biasanya tamat tempoh 1-2 tahun selepas tarikh pembuatannya. Secara amnya, ubat titis mata mengandungi bahan pengawet untuk membantu memastikan ia selamat digunakan selepas membuka botol.
.
🟦Walau bagaimanapun, anda harus membuang sebarang ubat titis mata yang tidak digunakan 30 hari selepas anda mula-mula membuka botol.
.
🟦Jadi apa kesan sekiranya anda masih menggunakan ubat titis mata yang telah dibuka selepas 1 bulan?
1) Menyebabkan iritasi pada mata
2) Menyebabkan keradangan pada mata
3) Potensi untuk sakit mata
4) Ubat hilang upaya untuk merawat
5) Bakteria atau bendasing boleh masuk ke dalam produk
.
🟦Jadi sama sama kita ingatkan orang lain dan diri kita utk menggunakan ubat titis mata dengan cara yang betul ! *kalau nak senang tulis guna marker bila kita guna ubat tu ya hehehehhe
.
FARMASI MARMIN
Sihat Tenang Bahagia
(BUKA SETIAP HARI)
.
Pertanyaan walk in (whatsapp) :
https://bit.ly/3lQOeJ1
Link shopee utk online :
https://shopee.com.my/marminhealthcare

Comments

Popular Posts