⚠️KESAN PENGGUNAAN ENEMA SECARA BERLEBIHAN⚠️


 🕊️Hai kesayangan MARMIN , sangat biasa kalau anak (terutama sekali) kalau ada masalah membuang , memang akan guna ubat masuk punggung ni untuk memudahkan membuang air besar. Namun begitu terdapat beberapa kesan buruk sekiranya, ubat ini kerap digunakan.

.

🕊️Enema merupakan sediaan cecair yang dimasukkan ke dalam dubur untuk tujuan memudahkan nyah tinja (buang air besar). Digunakan untuk membersihkan usus besar bagi individu yang mengalami masalah sembelit. Selain itu, enema juga boleh digunakan untuk membersihkan usus besar sebelum pesakit menjalani prosedur kolonoskopi bagi mengesan penyakit tertentu seperti keradangan pada usus besar atau kanser kolon.

.
🕊️Cara penggunaan dengan betul :
1) Basuh tangan dengan bersih dan keringkan tangan sebelum menggunakan enema.
2) Pastikan anda/pesakit berbaring secara mengiring dengan sebelah kaki dirapatkan ke arah dada
3) Buka penutup enema dan masukkan enema ke dalam dubur secara perlahan-lahan. Jangan tolak secara paksaan kerana ini boleh mencederakan bahagian dubur.
4) Tekan/picit enema tersebut sehingga kesemua cecair masuk ke dalam dubur.
5) Keluarkan enema dari dubur secara perlahan-lahan.
6) Keluarkan enema dari dubur secara perlahan-lahan.
.
🕊️Kesan penggunanan enema terlalu kerap :
1. Boleh menyebabkan luka pada dubur atau usus
2. Menganggu microflora sumulajadi dalam usus
3. Jangkitan bakteria sekiranya terdapat luka pada dubur/luka
4. Melemahkan otot-otot usus sekiranya bergantung pada enema untuk membuang air besar.
5. Ketidakseimbangan atau kekurangan natrium yang boleh menyebabkan pening, letih, mual dan muntah
.
FARMASI MARMIN
Sihat Tenang Bahagia
(BUKA SETIAP HARI)
.
Pertanyaan walk in (whatsapp) :
https://bit.ly/3lQOeJ1
Link shopee utk online :
https://shopee.com.my/marminhealthcare

Comments

Popular Posts