Nyahkan kulat kaki dengan tolnaderm




 Hi pelanggan kesayangan Marmin semua

😀😀
Pernah tak anda terkena kulat atau panau yang gatal dan menggaru sehingga luka? 🫠🫠
.
Harini Marmin nak kongsikan 1 jenis ubat kulit tolnaderm untuk jangkitan kulat. Tolnaderm Cream digunakan untuk merawat jangkitan kulat kulit bagi pelbagai jenis kurap di muka, leher, badan, jangkitan kulatpada tangan, dan kaki atlet. Ia juga digunakan untuk merawat jangkitan tinea pada kulit
terutamanya kawasan tidak berbulu pada badan termasuk
lipatan paha.
.
Fungsi utama ubat tolnaftate termasuk:
🦠Menghalang Pertumbuhan Kulat: Ubat ini bertujuan untuk menghentikan pertumbuhan dan penyebaran kulat yang menjadi punca jangkitan kulit.
.
🦠Merawat Gejala: Selain mengatasi kulat, tolnaderm cream juga dapat meredakan gejala yang disebabkan oleh jangkitan kulat seperti gatal-gatal, kemerahan, bengkak, dan rasa tidak selesa pada kulit.
.
🦠Mencegah Penyebaran: Penggunaan tolnaderm cream secara konsisten mengikut arahan doktor atau petunjuk pada pembungkusan produk dapat membantu mengelakkan jangkitan kulat daripada merebak ke bahagian kulit yang lain atau kepada orang lain.
.
🦠Pulihkan Kulit: Dengan menghilangkan kulat yang menyebabkan jangkitan, ubat ini membantu kulit yang terlibat untuk pulih dan kembali kepada keadaan normal.
.
🦠Walau bagaimanapun, penting untuk merujuk ahli farmasi atau doktor sebelum menggunakan cream ini. Elakkan daripada kanak-kanak
.
FARMASI MARMIN
Sihat Tenang Bahagia
(BUKA SETIAP HARI)
.
Pertanyaan walk in (whatsapp) :
Link shopee utk online :

Comments

Popular Posts