Tingkatkan tenaga anda dengan Vitamin B!

 


🗣 Kawan saya cakap makan vitamin B ni terus bertenaga? Betul ke MARMIN??
........
Jawapannya : BETUL!!!
........
Eh chop! Tunggu dulu!! STOP!! STOP!!! ⛔⛔⛔
........
Hanya BETUL sekiranya :
✅ kita jaga pemakanan dan makan makanan yang berkhasiat dalam diet kita
✅ kena faham bahawasanya vitamin B membantu daripada segi mempercepatkan proses penukaran makanan kepada tenaga?
......
🗣 Tapi macam mana tu MARMIN?
......
Okay MARMIN terangkan ada 3 cara vitamin B dapat membantu meningkatkan tenaga dalam badan kita :

1. Metabolisma karbohidrat
 ☘ sebagaimana kita tahu, karbohidrat bertindak untuk memberikan tenaga segera untuk tubuh badan kita, jadi vitamin B mempercepatkan proses penukaran karbo kepada tenaga

2. Penghasilan tenaga sellular
☘ sel-sel dalam tubuh badan kita perlukan tenaga untuk berfungsi. Riboflavin (B2) membantu mempercepatkan penukaran karbo kepada ATP iaitu sumber utama tenaga agar sel sel dalam tubuh badan dapat bekerja

3. Penghasilan sel darah merah
☘ vitamin B membantu meransang penghasilan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh badan kita. Jadi, dengan penghasilan sel darah merah yang baik, tubuh dan otak dapat berfungsi sebaiknya.
.... 
Persoalannya cukup ke vitamin B dalam pemakanan seharian kita ? 

Vitamin B apa yang membantu dari segi penghasilan tenaga?

Dan berapa banyak vitamin B kita perlukan sehari ? 😉
....
Menurut US RDA, pengambilan vitamin B2 (riboflavin) 1.7mg dan B12 (cobalamin) 6mcg yang lebih membantu dalam penghasilan tenaga dalam badan untuk orang dewasa berbanding vitamin B yang lain. 

Vitamin B ini boleh didapati banyak didalam :
✅ ikan salmon
✅ sayuran berdaun hijau
✅ daging merah
✅ organ dalaman seperti hati lembu @ hati ayam
✅ kekacang
✅ pisang
....
Sekiranya kita mengamalkan diet yang seimbang dan pemakanan yang sihat, vitamin B cukup "tersedia" didalam pinggan kita😉
....
Jadi, biar tahu jangan keliru!


Comments

Popular Posts