Kejang kaki semasa bersukan?

Cikgu !! Kaki Fahmi cramp!! ( jerit Suhada kepada Cikgu Zikri)

Haa sekarang musim latihan merentas desa sekolahkan. Mesti akan ada masalah sebegini terjadi. Cikgu- cikgu mesti nak tahu dan buat persiapan sebelum masalah tersebut berlaku Sedikit tips untuk anda tentang cara menanganinya.

Apa itu cramp @ kejang otot?

Kekejangan otot ialah kontraksi otot yang kuat di luar kawal. Kontraksi otot ini berterusan dan ia nya berlaku secara tiba-tiba. Keadaan tersebut menimbulkan rasa sakit kuat yang mengganggu pergerakkan anggota tersebut.

Jenis-jenis kekejangan otot?

🌸Kekejangan otot selepas bersenam/bersukan
🌸Kekejangan otot akibat keletihan
🌸Kekejangan otot akibat cuaca panas

Apakah simptom ketika berlakunya kekejangan akibat bersukan?

🌻Kesakitan otot yang berpanjangan dan berterusan selama beberapa minit semasa/selepas bersukan.
🌻Kontraksi luar kawal pada otot yang tegang..
🌻Simptom berkurangan selepas aktiviti dihentikan.
🌻Simptom dapat diatasi dengan melakukan regangan otot.

Apa yang anda harus lakukan semasa kekejangan otot sewaktu bersukan?

🌞Berhenti dan berehat di kawasan yang mempunyai pengaliran udara yang baik.
🌞Minum air yang mencukupi. Elak minum air berkafein yang akan merangsang anda membuang air kecil.
🌞Letak ais pada otot bagi mengurangkan intensiti sakit.Gosok atau tuam pada bahagian yang sakit dengan ubat tahan sakit (analgesic), minyak atau krim ubatan panas.
🌞Urutan ringan akan membantu mengurangkan kekejangan.
🌞Lakukan regangan secara perlahan sehingga simptom berkurangan.

Untuk kelegaan segera semasa melakukan aktiviti sukan, acute pain(kurang daripada 24 jam). terdapat beberapa semburan tahan sakit yang sesuai digunakan seperti:

1.Ethychloride spray
 -Membantu mengurangkan kesakitan otot apabila digunakan dengan teknik regangan otot yangt betul.

2.Salonpas spray
-Kelegaan segera untuk sakit otot ringan atau sendi.

3.Perskindol cool spray
-kesan sejuk segera, tidak berminyak
-mengurangkan kesakitan dan bengkak

4.Menzza ice(krim)
-Menyejukkan dan melegakan sakit otot

5.Flanil (krim)
-untuk menghilangkan ketidak selesaan otot yang sederhana setelah melakukan aktiviti bersukan

6.Perskindol( gel)
-kesejukan melegakan sakit urat dan sendi, kurangkan bengkak selepas tergeliat, tekanan otot, benjol atau lebam.



Boleh dapatkan SEGERA di Farmasi Marmin (Peramu 8AM-10PM) @ ketapang (9AM-10PM) atau whatsapp kami http://www.wasap.my/601116776799

Comments

Popular Posts