DOKTOR SURUH CARI (TED) STOKING DI FARMASI?

☘Apa itu TED stoking?

TED atau Thrombo-Embolic Detterent(TED) stoking biasanya digunakan untuk individu yang tidak bergerak (individu terbaring atas katil) atau baru sahaja  menjalani pembedahan untuk membantu mengelakkan pengumpulan darah di kaki yang boleh menyebabkan darah beku.

☘Risiko lain yang boleh menyebabkan darah beku:
•Pergerakan yang terhad untuk tempoh yang lama.
•Mempunyai sejarah atau sejarah keluarga dengan darah beku
•Menghidap kanser atau baru menjalani rawatan kanser
•Obes (BMI melebihi 30)
•Mengambil rawatan gantian hormon atau kontraseptif mengandungi estrogen
•Vena varikos
•Hamil atau dalam tempoh post-partum (6 minggu selepas bersalin)
•Mempunyai sejarah masalah jantung
•Dehidrasi (kekurangan air)
•Berumur (risiko meningkat selepas umur 40 tahun)
•Merokok

☘Tanda dan Gejala

Darah beku kecil kebiasaannya tidak mendatangkan risiko. Namun, darah beku yang besar boleh menyebabkan tanda-tanda seperti bengkak di kaki (terutamanya di bahagian betis) atau lengan, rasa sakit atau lenguh dan kaku, kulit yang kemerahan dan panas apabila disentuh.

Jika anda mempunyai mana-mana tanda dan gejala ini, dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

☘Komplikasi
Kadang-kadang darah beku yang pecah merebak ke paru-paru dan kemudiannya menjejaskan keupayaan paru-paru untuk menyerap oksigen. Keadaan ini dikenali sebagai embolisme pulmonari (pulmonary embolism) dan boleh menyebabkan sakit dada, sesak nafas, degupan jantung yang cepat dan tidak teratur, batuk berdarah, pening atau pengsan dan, dalam kes yang teruk, kematian secara tiba-tiba.

Antara TED stoking yang boleh membantu masalah diatas seperti berikut:

✅Futuro Anti-Embolism
-Khas untuk pesakit yang telah menjalani pembedahan
-Material tanpa getah, lembut dan selesa
-Boleh dibasuh dengan mesin
-Elakkan penggunaan pengering automatik

✅Dr.S.Ortho Anti-Embolism Stokings
-3 jenis ketinggian mengikut kesesuaian pesakit-buku lali, peha dan punggung.
-Size dari SS-XXL
-Mempunyai lubang dibahagian bawah kaki
-Mempunyai pengudaraan yang baik
-Basuhan tangan sahaja dan elakkan penggunaan pengering automatik

✅OPPO Anti-Embolism Thigh-High Stokings
-Mempunyai banyak variasi saiz
-Getah yang selesa untuk mengelakkan kedudukan stoking yang tidak tetap
-Penanda tapak dan kaki yang jelas untuk memastikan kedudukan yang tepat

✅Carey’s Anti Embolism Stoking
-Mempunyai lubang dibawah kaki
-Getah tidak mudah longgar



Pemakaian TED stoking perlu dapatkan nasihat doktor untuk mengelakkan sebarang komplikasi

✨Boleh dapatkan di Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

🌸Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin

http://www.wasap.my/601116776799

Comments

Popular Posts