KENALI PENYAKIT DIABETES MELITUS

 KENALI PENYAKIT DIABETES MELITUS 🤔

Diabetes melitus adalah keadaan di mana badan kekurangan insulin, atau badan tidak bertindak kepada insulin dengan baik. Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh organ pankreas. Insulin berfungsi menukarkan gula kepada tenaga. Apabila badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi, maka kandungan gula dalam darah akan meningkat. Hal ini menyebabkan risiko berlakunya diabetes melitus.
➡️JENIS DIABETES MELITUS
1️⃣Insulin Dependent Diabetes Mellitus (IDD)
💡bergantung kepada insulin
💡Kebiasaanya, pesakit tidak dapat menghasilkan insulin dan berlaku kpd kanak-kanak dan remaja.
💡Tidak dapat dicegah
💡Pesakit terpaksa bergantung kepada insulin jenis suntikan
2️⃣Non-insulin dependent Diabetes Melitus (NIDDM)
💡Sel-sel badan tidak dapat bertindak balas kepada insulin dengan berkesan.
💡Lebih daripada 90% pesakit diabetes menghidapi jenis ini.
➡️GOLONGAN BERISIKO MENGALAMI DIABETES MELITUS
⭐ 35 tahun ke atas
⭐berat badan berlebihan atau obesiti
⭐kurang aktiviti fizikal.
⭐faktor keturunan
⭐tekanan darah tinggi
⭐gaya hidup tidak aktif
⭐tinggi tahap kolestrol
⭐pengambilan makanan berlemak yang tinggi
➡️TANDA AWAL PESAKIT DIABETES 📝
🧐Sering cepat dahaga.
🧐Kerap kencing
🧐Penurunan berat badan
🧐Lapar berlebihan
🧐Cepat penat dan lemah badan
🧐Mengalami rabun penglihatan
➡️SIMPTOM LAIN PESAKIT DIABETES
🧐kebas kaki
🧐luka lambat sembuh
🧐jangkitan pada sistem pembuangan air kecil dan kemaluan
🧐penyakit kulit berterusan
➡️CARA MENCEGAH DIABETES MELITUS
✅Makan makanan berkhasiat dan mengawal pengambilan kalori dapat membantu
✅mengawal tahap gula dalam darah
✅Senaman dapat meningkatkan kecergasan dan membakar kalori selain dapat mengurangkan kadar gula dalam darah
✅Kurangkan pengambilan gula dan garam
✅Makan makanan tinggi serat seperti sayuran
✅Berhenti merokok
Sekiranya anda mempunyai masalah, segeralah mendapatkan rujukan daripada doktor 👨🏻‍⚕️

Comments

Post a Comment

Popular Posts