KENALI PENYAKIT DIABETES MELITUS 
Diabetes melitus adalah keadaan di mana badan kekurangan insulin, atau badan tidak bertindak kepada insulin dengan baik. Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh organ pankreas. Insulin berfungsi menukarkan gula kepada tenaga. Apabila badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi, maka kandungan gula dalam darah akan meningkat. Hal ini menyebabkan risiko berlakunya diabetes melitus.

JENIS DIABETES MELITUS

Insulin Dependent Diabetes Mellitus (IDD)

bergantung kepada insulin

Kebiasaanya, pesakit tidak dapat menghasilkan insulin dan berlaku kpd kanak-kanak dan remaja.

Tidak dapat dicegah

Pesakit terpaksa bergantung kepada insulin jenis suntikan

Non-insulin dependent Diabetes Melitus (NIDDM)

Sel-sel badan tidak dapat bertindak balas kepada insulin dengan berkesan.

Lebih daripada 90% pesakit diabetes menghidapi jenis ini.

GOLONGAN BERISIKO MENGALAMI DIABETES MELITUS

35 tahun ke atas

berat badan berlebihan atau obesiti

kurang aktiviti fizikal.

faktor keturunan

tekanan darah tinggi

gaya hidup tidak aktif

tinggi tahap kolestrol

pengambilan makanan berlemak yang tinggi

TANDA AWAL PESAKIT DIABETES


Sering cepat dahaga.

Kerap kencing

Penurunan berat badan

Lapar berlebihan

Cepat penat dan lemah badan

Mengalami rabun penglihatan

SIMPTOM LAIN PESAKIT DIABETES

kebas kaki

luka lambat sembuh

jangkitan pada sistem pembuangan air kecil dan kemaluan

penyakit kulit berterusan

CARA MENCEGAH DIABETES MELITUS

Makan makanan berkhasiat dan mengawal pengambilan kalori dapat membantu

mengawal tahap gula dalam darah

Senaman dapat meningkatkan kecergasan dan membakar kalori selain dapat mengurangkan kadar gula dalam darah

Kurangkan pengambilan gula dan garam

Makan makanan tinggi serat seperti sayuran

Berhenti merokok
Sekiranya anda mempunyai masalah, segeralah mendapatkan rujukan daripada doktor

test
ReplyDelete