[ISU UBAT TAHAN SAKIT TIDAK BOLEH DIJUAL TANPA PRESKRIPSI]


1. Non steroidal anti inflammatory drug (NSAID) juga dikenali sebagai Ubat Tahan Sakit (painkiller). Ia disenaraikan di dalam Jadual Pertama, Akta Racun 1952.
2. Kebanyakan NSAID disenaraikan sebagai Racun Kumpulan C (Poison Group C). E.g: voren, ponstan, meloxicam, ibuprofen. Racun kumpulan C boleh dijual oleh ahli farmasi TANPA PRESKRIPSI DOKTOR, tetapi perlu direkodkan dalam buku rekod jualan racun kumpulan C.
3. Walaupun penjualan racun kumpulan C boleh dibuat tanpa preskripsi, tetapi ahli farmasi tetap bertanggungjawab untuk memberikan penerangan, kaunseling tentang dos, cara pengambilan, durasi penggunaan, langkah berjaga-jaga dan kesan sampingan NSAID kepada pesakit yang membeli.
4.PANADOL adalah NP (non poison) boleh dijual di kedai runcit mahupun 7 eleven, tanpa ahli farmasi sekalipun!
5. Mohon orang awam khususnya tidak mudah terpengaruh dengan info- info yang tidak tepat, kami Ahli Farmasi adalah dari golongan professional setaraf dengan doktor di klinik- klinik swasta mahupun hospital apabila melibatkan ubat. Sila bertanya jika tidak mahu sesat jalan. 
Sumber Berita: Kosmo 2 Oktober 2017




Comments

Popular Posts