[Keracunan Asid Jering]- PART 2


💊Rawatan untuk keracunan djenkolic acid:

1 - Rawatan konservatif: Air dimasukkan ke dalam badan pesakit dengan normal saline (normal saline - rujuk entri blog yang aku tulis kat sini > Isotonic) dan ubat perangsang air kencing (Frusemide). Proses mengalkalikan (alkalinization) air kencing dengan menggunakan sodium bicarbonate (20 mL sodium bicarbonate 8.4% dalam 500 mL normal saline) juga boleh dipertimbangkan.

2 - Pembedahan: Pesakit yang tak menghasilkan langsung air kencing mungkin tak memberikan respon terhadap rawatan konservatif. Dalam kes sebegini, proses flushing di kedua-dua salur ureteric (bilateral ureteric flushing) akan dipertimbangkan oleh doktor. Kebiasaannya daripada pembedahan, bahan berbentuk jeli akan dikeluarkan daripada ureteric pesakit. Selepas proses flushing, pesakit akan dihidrat secara agresif agar penghasilan air kencing dapat berlaku dengan baik.

References:
D'Mello, J. P. Felix (1991). Toxic Amino Acids. In J. P. F. D'Mello, C. M. Duffus, J. H. Duffus (Eds.) Toxic Substances in Crop Plants. Woodhead Publishing. pp. 21–48. ISBN 0851868630. Google Book Search. Retrieved on November 15, 2008.
Soo H.H., Lau, G.L. Chew P.H. (2005) Sarawak Handbook of Medical Emergencies. 2nd Edition. C.E. Publishing. (Refer topic Acute Renal Failure - Jering Nephropathy).

Comments

Popular Posts