[PENTING KE UBAT BERDAFTAR NI?]- PART 1
😨Senario 1: Cik Jemah membeli sejenis jamu yang berjenama Jamu Ajaib yang dijual di kedai jamu. Jamu tersebut dipromosikan oleh saudaranya iaitu Cik Jenab, yang beria-ia menceritakan tentang keberkesanan majun tersebut mengurangkan bengkak-bengkak dan sakit sendi akibat penyakit gout yang dialami olehnya. Cik Jemah yang turut mengalami penyakit gout menggunakan jamu tersebut secara terus-menerus selama bertahun-tahun kerana jamu tersebut berkesan untuk menghilangkan kesakitan yang dialami oleh beliau. Walaubagaimanapun, berat badan Cik Jemah kian bertambah dan Cik Jemah mula mengalami masalah pengeluaran air kencing yang sedikit.
Suatu hari, Cik Jemah terjatuh daripada tangga rumahnya dan mengalami patah tulang kaki. Selepas dimasukkan ke dalam wad, hasil pemeriksaan ke atas beliau mendapati Cik Jemah mengalami kegagalan buah pinggang dan reput tulang (osteoporosis).
😱Senario 2: Julia merupakan seorang pengguna bahan kosmetik yang tegar. Dia merupakan seorang yang obses untuk mendapatkan kulit yang cerah. Terdapat dua jenis losyen pencerah kulit yang digunakan oleh Julia.
Setelah menggunakan losyen tersebut selama hampir setahun, wajah Julia bertukar menjadi kemerahan dan menggelupas. Kedua-dua losyen pencerah kulit yang digunakan oleh Julia didapati mengandungi hydroquinone,sejenis agen pencerah yang berpotensi menyebabkan kanser.
Senario di atas merupakan contoh-contoh kes risiko kesan buruk yang bakal dialami oleh para pengguna yang menggunakan ubat-ubatan dan kosmetik yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
☺️Entri terbaru kali ini kami akan mengupas isu ubat- ubat yang tidak berdaftar, sebab, risiko & senarai ubat- ubat yang pernah dibatalkan penggunaanya. Nantikan🤗

Comments

Popular Posts