πŸ’‰[Ubat Yang Merosakkan Buah Pinggang]- PART 1🚫



😏Ramai pesakit yang takut nak makan ubat sebab diorang takut nanti ubat tu rosakkan buah pinggang mereka. Antara ubat-ubat yang sering kali 'dituduh' merosakkan buah pinggang ialah ubat kencing manis, ubat darah tinggi dan paracetamol (a.k.a. Panadol).
🀫Benar, memang ada ubat yang merosakkan buah pinggang. Tapi selalunya kerosakan buah pinggang bukan disebabkan oleh ubat, tapi disebabkan oleh penyakit-penyakit lain yang dihidapi oleh pesakit.
πŸ€—Pertama sekali, anda semua mesti ingat ini: Penyakit darah tinggi dan kencing manis adalah 2 faktor utama kerosakan buah pinggang. So, sebenarnya, orang yang makan ubat darah tinggi dan ubat kencing manis rosak buah pinggang bukan sebab ubat, tapi selalunya disebabkan oleh penyakit itu sendiri.
πŸ˜‰Mengikut statistik, kencing manis adalah penyebab utama kerosakan buah pinggang di US. (Sumber: National Institute of Health, US). Rujuk carta pai di bawah.
😨Buah pinggang yang sudah rosak tidak dapat membuang sesetengah ubat dan menyebabkan ubat ini berkumpul di dalam badan. Sebab itulah pesakit yang menghadapi kerosakan buah pinggang mungkin tidak boleh mengambil ubat dalam dos yang normal, dan kebanyakannya perlu dikurangkan dos ubat


Comments

Popular posts from this blog

APA RAWATAN UNTUK KULIT MELECUR?

Vitamin Untuk Kanak-Kanak

TIPS PILIH VITAMIN C 🍊πŸ₯‘πŸ…