[Ubat Yang Merosakkan Buah Pinggang]- PART 2
Ada juga ubat yang boleh menyebabkan Acute Kidney Injury atau AKI (kerosakan buah pinggang secara tiba-tiba), antaranya ialah:
💊Sesetengah antibiotik: Vancomycin, amikacin, gentamicin. Biasanya di hospital kerajaan sampel darah akan di ambil untuk memeriksa kandungan ubat-ubat ini dalam badan bagi memastikan pesakit selamat
💊Ubat chemotherapy untuk pesakit kanser: cisplatin, caroplatin, methotrexate
💊Ubat untuk pesakit HIV: indinavir, ritonavir
💊NSAIDs (ubat tahan sakit): seperti ibuprofen, naproxen, diclofenac
💊Ubat darah tinggi jenis ACE inhibitors (perindopril, captopril, enalapril, etc) dan angiotensin recepor blocker (losartan, valsartan, irbesartan, etc).

Anda juga mesti ingat bahawa penggunaan ubat tradisional dan produk supplemen yang dikatakan '100% natural & safe' juga berpotensi menyebabkan kerosakan buah pinggang. Berikut adalah contoh-contoh produk herba tradisional dan supplemen yang bolek merosakkan buah pinggang:

TETAPI. Anda perlu ingat tak semua orang akan dapat kerosakan buah pinggang dengan penggunaan ubat-ubat ini.
Kesimpulannya, kita harus jaga kesihatan kita untuk mengelakkan kita mengalami kerosakan buah pinggang. Pastikan anda tahu apakah target tekanan darah dan gula anda. Kita juga harus berhati-hati dalam mengambil apa jua ubat atau produk kesihatan lain dan perlu mengetahui status keselamatan produk tersebut sebelum mula mengambilnya.

Comments
Post a Comment