[Adverse Drug Reactions]- PART 1
Panadol merosakkan organ!

Allopurinol merosakkan seluruh kulit!

Manjakani mencacatkan kulit!


Itulah yang berlaku bila "Adverse Drug Reaction (ADR)" terjadi. ADR berlaku apabila kegagalan badan utk menyesuaikan diri dengan dos normal sesuatu ubat/bahan/herba lalu badan mengalami kecederaan fisiologi.
Sebagai contoh:
"Ali menghidap penyakit kencing manis, dan dia memakan tablet Metformin sebanyak 1 gram (2 biji tablet), dua kali sehari. Tiba-tiba pada suatu hari lepas makan 2 biji tablet Metformin tu, secara beransur-ansur dia mengalami keletihan, berlaku peningkatan dalam kadar pernafasan, pening2 dan muntah2 sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital. Selepas diperiksa, Ali mengalami lactic acidosis (peningkatan acid lactic dalam darah sehingga menyebabkan darah menjadi berasid), kesan daripada pengambilan Metformin".

Berbanding dengan kesan sampingan (ENG: side effects), kesan ubat yang tak diingini ataupun ADR ni memang effect negatif daripada pengambilan ubat.

Contoh ADR: gastritis & pendarahan pada usus disebabkan pengambilan ubat aspirin

Kesan sampingan pulak kadang2 kita tak nak tapi kadang2 berguna juga;
Contoh kesan sampingan: ubat-ubat yang tergolong opiod agonist macam diphenoxylate boleh menyebabkan sembelit, tapi side effect ubat tu iaitu menyebabkan sembelit tu boleh digunakan untuk merawat cirit birit. Begitu juga ubat selsema, Chlorpheniramine, kesan sampingannya menyebabkan mengantuk. Tapi untuk rawatan masalah susah nak tidur, chlorpheniramine boleh juga diberi untuk membantu pesakit tidur (gunakan side effect ubat untuk merawat masalah penyakit).

Comments

Popular Posts