SEMBELIT

Actually,saya nak cerita pasal penggunaan enema. Tau tak enema tu apa?

Kalau dalam bahasa "lay-man" dipanggil,"ubat pump berak", atau "air sabun'.
Saya perhatikan ada parent yang suka sangat gunakan enema untuk anak2 yang sembelit. Kadang baru sehari tak membuang, terus guna enema. Ada kes, sampai anak dia dah macam bergantung kepada enema. Kalau tak guna, memang tak leh berak.


First of all, sembelit ni kita kena faham punca dia.Paling utama adalah kurang minum air dan kurang fiber/serat dalam pemakanan. Punca lain adalah usus kita kurang bacteria baik. Bertukar susu pun boleh jadi punca sembelit juga.

So,apa alternatif lain selain enema untuk sembelit?

1. Boleh ambil probiotik. Ada banyak jenama di farmasi. semua pun ok. Kalau yang muslim, boleh check status halal dulu.

2. Beri Jus Prune. Prune antara buah yang mempunyai serat tinggi. Biasanya, kalau minum jus prune memang lancar ler pembuangan. Baik untuk budak2 mahupun dewasa.


3. Campur Psyllium husk dalam jus atau air kosong. Pastikan minum banyak air lepas tu. Sebab kadang2 susah nak membuang sebab najis tu tertampau kering, jadi susah nak keluar. Maka Psyllium husk ni akan tarik air masuk dalam usus besar dan melembutkan najis tersebut. 


4. Kalau nak ambil ubat, untuk kanak-kanak dicadangkan ambil Lactulose.Yang ni effect dia tak immediate macam pakai enema. Fungsi dia melembutkan najis.


Perlu ditekankan kat sini,bukan tak boleh guna enema, kalau anak tuan/puan merengsa dan nampak tak selesa sangat,boleh lah bagi untuk kelegaan cepat. Cuma kalau boleh jangan biasakan. Cuba cegah dulu punca terjadi sembelit. Makan buah macam pisang atau betik juga sesuai untuk mencegah sembelit, But then, bila dah terkena sembelit,actually tak berkesan sangat pun πŸ˜…

Comments

Popular posts from this blog

APA RAWATAN UNTUK KULIT MELECUR?

Vitamin Untuk Kanak-Kanak

TIPS PILIH VITAMIN C 🍊πŸ₯‘πŸ…