[Adverse Drug Reactions]- PART 2

🤔Kenapa Doktor Tidak Memberitahu Saya ADR Ini Mungkin Berlaku?
✌️Cuba lihat di dalam bungkusan ubat anda. Nampak sekeping kertas bertulis? Itu dipanggil sisipan bungkusan. Ia mengandungi maklumat terperinci berkenaan ubat anda, untuk pengamal perubatan.

✌️Jika anda semak di bawah tajuk “Undesirable Effects” (kesan yang tidak diingini), kemungkinan besar anda akan melihat satu senarai panjang istilah perubatan. Setiap jenis ubat mungkin menyebabkan pelbagai ADR, daripada kesan yang sangat biasa kepada kesan yang sangat jarang berlaku.

✌️Terdapat juga doktor atau ahli farmasi yang enggan memberitahu pesakit berkenaan ADR yang mungkin dialami kerana bimbang mereka akan mengalami ADR khayalan. Ini dipanggil kesan ‘nocebo’. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pesakit mengadu mengalami ADR seperti rasa sakit, gatal, atau sakit perut, walaupun hanya diberi pil gula (placebo) dan bukan ubat sebenar.

😱Mengalami ADR? Lapor Sekarang!
✍️Sila laporkan kepada NPRA sekiranya anda mengalami ADR yang membimbangkan anda. Ini akan membantu mengenal pasti kesan advers baru sesuatu ubat dan meningkatkan keselamatan penggunaan ubat.

🤨Apa yang perlu dilaporkan?
👍Laporkan sebarang simptom yang membimbangkan anda, walaupun anda tidak pasti ia disebabkan ubat. Ini sangat penting, terutamanya bagi kesan advers yang:
+tidak tersenarai dalam sisipan bungkusan
+serius atau mengganggu aktiviti harian

😵Bagaimana untuk melapor?
👨‍💻Dapatkan borang pelaporan dari laman sesawang NPRA atau minta doktor @ ahli farmasi menghantar laporan berkenaan ADR anda kpd NPRA.

Comments

Popular Posts