OSTEOPOROSIS

Osteoporosis adalah satu keadaan di mana jumlah kalsium di dalam tulang menjadi berkurangan. Ini menyebabkan tulang mudah patah berbanding biasa.

Wanita lebih terdedah kepada keadaan ini kerana jisim tulang mereka yang lebih ringan berbanding orang lelaki. Secara puratanya kaum wanita mempunyai risiko menghadapi osteoporosis 6 kali lebih tinggi berbanding kaum lelaki.

Antara penyebab utama berlakunya keadaan ini ialah :

1. Kurangnya senaman. Senaman membina jisim tulang yang kuat untuk mencegah             osteoporosis semasa usia meningkat.
2. Kurang pengambilan kalsium.
3. Pengurangan hormon oestrogen pada wanita yang telah menopause.
4. Risiko lain termasuklah pengambilan alkohol dan merokok.

Kehilangan tisu tulang berlaku perlahan-lahan dan tiada tanda-tanda awal. Tetapi apabila kepadatan tulang makin menurun, melakukan aktiviti biasa dan ringan boleh menyebabkan keretakan tulang. Keretakan osteoporosis yang teruk akan menyebabkan sakit tulang belakang dan kehilangan ketinggian

Dapatkan supplement kalsium yg bersesuaian & juga konsultasi percuma berkaitan kalsium hanya di Farmasi Citra ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š

Image may contain: text

Comments

Popular Posts