[RAMBUT GUGUR]- PART 1


Image result for rambut gugur


πŸ’‡‍♀️Rambut adalah mahkota wanita. Sudah tentu masalah keguguran rambut antara perkara yang dianggap serius dan memerlukan perhatian segera.πŸ‘΄

Ada banyak punca kepada masalah rambut gugur terutama kepada wanita. Antaranya:

1) Perubahan hormon🀰
Bagi wanita, keguguran rambut paling ketara adalah ketika mengandung, semasa menyusukan anak, semasa baru datang haid dan ketika menopause.

2) Stress 😑
Stress akan menyebabkan akar rambut menjadi tidak kuat (rambut dalam keadaan 'resting phase') dan menyebabkan ia mudah tercabut

3) Kurang protein dalam diet harian 🐟
Rambut memerlukan protein untuk penghasilan keratin iaitu bahan asas pembentukan rambut. Kurang protein dalam diet seharian akan menyebabkan rambut senang gugur.

4) Penggunaan syampoo yang mempunyai bahan kimia yang tinggi ☠️

5) Masalah kulit seperti jangkitan fungus di kulit kepala, scalp, dermatitis, foliculitis dan lain-lain πŸ‘Ύ

6) "Side effects" ubat seperti (pil perancang, ubat kanser, etc) atau rawatan seperti kemoterapi untuk kanser πŸ’Š



Comments

Popular Posts