[RAMBUT GUGUR]- PART 2


Image result for rambut gugur


Masalah rambut gugur dapat diatasi dengan pelbagai cara: 

1) Untuk rambut gugur disebabkan perubahan hormon, biasanya hanya bersifat sementara. Ianya akan berhenti setelah hormon menjadi stabil semula. Untuk wanita lepas bersalin, ianya akan mengambil masa 3-6 bulan. Pengambilan makanan yang mengandungi banyak zinc boleh membantu mengurangkan masalah ini.

2) Supplemen yang sesuai untuk menguatkan akar rambut adalah zinc, horsetail, vitamin A dan virgin olive oil

3) Penggunaan syampu berasaskan minyak zaitun seperti jenama Dalan juga boleh membantu masalah ini. Tonik rambut juga boleh membantu.

4) Melumurkan minyak zaitun atau minyak kelapa dara dengan kerap ke rambut & diurutkan ke kulit kepala dapat menguatkan akar rambut seterusnya mengurangkan keguguran rambut.

5) Pengambilan vitamin C dengan dos yang tinggi semasa stres amat membantu untuk mengurangkan stres & mengurangkan keguguran rambut secara tidak langsung.

6) Penggunaan ubat seperti Minoxidil dan Finasteride adalah khas untuk mereka yang mengalami Alopecia atau keguguran rambut yang teruk sehingga kebotakan. Rawatan biasanya mengambil masa 4-8 minggu.

Comments

Popular Posts