[Cegah HFMD] πŸ–️πŸ‘„πŸšΆ‍♀️


πŸ‘‰HFMD ini adalah singkatan bagi Hand, Foot and Mouth Disease (penyakit tangan, kaki dan mulut). Ia disebabkan oleh jangkitan Virus, iaitu coxsakievirus A16 yang termasuk dalam kumpulan Enterovirus.

🚼Sebenarnya jangkitan virus coxsakie ni boleh terkena kepada sesiapa sahaja, tetapi yang paling common adalah kanak-kanak berusia 10 tahun dan ke bawah. Selalunya HFMD ni mudah berjangkit terutamanya apabila anak-anak berada di taska, sekolah ataupun taman permainan melalui sentuhan dengan hidung dan tekak ataupun daripada najis orang yang dijangkiti.

πŸ€’πŸ˜·Simptom2 HFMD:

1) Demam
2) Sakit dalam mulut
3) Ruam seperti melepuh (blisters) di tapak tangan dan kaki
4) Sakit tekak
5) Kurang selera makan

πŸ™…‍♀️Sehingga kini tiada vaksin khas & rawatan yang khusus untuk merawat HFMD, tetapi rawatan konservatif boleh digunakan seperti:
1) Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air  suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
2) Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
3) Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi
4) Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam

HFMD boleh dicegah melalui:

1) Mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun sekiranya tersentuh pesakit
2) Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
3) Jangan berkongsi barang-barang peribadi
4) Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti

Image may contain: one or more people and closeup




Comments

Popular posts from this blog

APA RAWATAN UNTUK KULIT MELECUR?

Vitamin Untuk Kanak-Kanak

TIPS PILIH VITAMIN C 🍊πŸ₯‘πŸ…