[PENTING KE UBAT BERDAFTAR NI?]- PART 2


👉Keperluan Untuk Mendaftarkan Produk Ubat-Ubatan dan Kosmetik👈

Sebarang produk dalam bentuk ubat-ubatan, sama ada ubat-ubatan moden atau tradisional dan kosmetik yang digunakan untuk tujuan kecantikan perlu mematuhi keperluan undang-undang sebelum produk tersebut dihasilkan dan dipasarkan kepada pengguna.

👨‍🔬Di Malaysia, Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 merupakan peraturan yang mewajibkan sebarang produk ubat-ubatan dan kosmetik, didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

👍Apabila sesuatu produk ubat-ubatan atau kosmetik diluluskan pendaftarannya dengan PBKD, produk tersebut boleh dianggap sebagai suatu produk yang selamat untuk digunakan.

👩‍🔬Untuk membolehkan sesuatu produk diluluskan permohonan pendaftarannya dengan PBKD, produk tersebut perlu melalui beberapa siri penilaian dan ujian seperti yang diringkaskan di dalam carta alir seperti di bawah (Rujuk Gambar Rajah)

👨‍💼Sebagai contoh, di peringkat penilaian data (data evaluation), setiap data-data penting bagi penghasilan sesuatu produk seperti tahap kestabilan produk, kandungan logam berat dan ujian mikroorganisma akan dinilai oleh PBKD sebelum sesuatu produk diluluskan untuk tujuan penghasilan dan jualan kepada pengguna.


No automatic alt text available.

Comments

Popular posts from this blog

APA RAWATAN UNTUK KULIT MELECUR?

Vitamin Untuk Kanak-Kanak

TIPS PILIH VITAMIN C 🍊🥑🍅