KENAPA KULIT JADI GELAP (SUNBURN) WALAUPUN DAH GUNA SUNBLOCK?

Kebanyakan dari kita akan ada yang mempunyai masalah di atas. Masalah ini selalu terjadi apabila cara penggunaan sunblock yang KURANG TEPAT. Di sini terdapat beberapa tips berkesan tentang cara penggunaan sunblock.

TIPS MENGGUNAKAN SUNBLOCK
1. Sapukan sunblock 15-30 minit sebelum memulakan aktiviti di bawah sinaran UV
2. Sapukan pada semua permukaan kulit yang terdedah, termasuk di pelipat.
3. Sapu juga lipbalm yang mengandungi SPF, UVA & UVB
4. Gunakan berulang kali (biasanya 3-4 jam sekali ). Gunakan lebih kerap jika anda kerap berpeluh dan jika anda melakukan aktiviti di dalam air atau berenang.
5. Sebelum guna,pastikan tarikh luput di semak, lihat teksturnya dan bau. Jika bau dan teksturnya sudah berubah, terus buang produk tersebut.

Jenis kulit juga mempengaruhi keberkesanan sunblock yang digunakan. Jadi, perlu tahu dahulu jenis kulit masing-masing.

JENIS SUNBLOCK MENGIKUT KULIT
1. Kulit kering – Cari sunblock berbentuk krim atau lotion.
2. Kulit berminyak- Cari sunblock berbentul gel atau oil-free
3. Kulit sensitif – Cari sunblock berbentuk gel dan tidak mempunyai pengawet / bau.
4. Kulit berbulu – Cari sunblock berbentuk gel atau spray
5. Kulit gelap – Cukup dengan SPF 15.

Terdapat banyak sunblock dipasaran yang mempunyai ciri-ciri unik tersendiri seperti:

⇒Sunplay Watery Cool Lotion SPF75 PA+++
-rasa menthol sebagai penyegar dan menyejukkan
-ringan, tidak berminyak dan tidak nampak pada kulit
-kaya dengan vitamin C,B5 & E untuk kulit lembut dan sihat

⇒Sunplay Water Kids Lotion Disney SPF60+ PA+++
-kaya dengan estrak chamomile membantu melegakan kulit
-telah diuji tidak menyebabkan alergik
-bebas daripada pewangi, pewarna dan minyak mineral

⇒Sunplay Kids SPF50/PA++++
-mengandungi penghalang serangga semulajadi selama 8 jam
-telah diuji tidak menyebabkan alergik

⇒Ultra Shield UV Body Mist SPF130 PA++++
-ringan dan tidak berminyak
-Sesuai untuk jangka masa lama aktiviti luar
-mempunyai antioksida (vitamin C & E) menghalang radikal bebas dan mencantikkan kulit

⇒Sunplay Sport UV Body Mist SPF120 PA++++
-mampu menyerap pada kulit basah tanpa perlu dikeringkan dahulu
-formula pengeringan yang pantas
-ringan, tidak melekit dan selesa pada kulit





⇒Neutrogena SPF15
-mempunyai pelembap yang tahan lama
-tidak melekit dan tinggi daya penyerapan pada kulit
-tidak mnyebabkan pori-pori tersumbat

⇒Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50+
-mengunakan teknologi Mexoryl yang mempunyai tujuh tapisan melindungi kulit
-sesuai untuk semua jenis kulit dan melembapkan
-perlindungan UVA dan UVB
-cepat menyerap dan tidak meningalkan kesan putih

⇒Neutrogena® Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF 50 PA+++ 88ml
-Helioplex Technology (perlindungan matahari yang berterusan)
-Dry-Touch technology (kulit tidak berkilat dan pori-pori tidak tersumbat)
-tidak berminyak dan bebas PABA

⇒Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF 50+ PA++++
-berasaskan air sesuai untuk kulit yang berminyak
-ringan dan tidak melekit. Boleh digunakan sebagai asas solekan
-mempunyai hyaluronic acid untuk kulit sentiasa lembap

⇒Balance SPF35 Sunscreen
- mempunyai bahan aktif Ethylhexyl Methoxycinnamate dan Titanium Dioxide bertindak sebagai pengganggu endokrin dengan aktiviti estrogenic



Lindungi kulitmu dari sinaran bahaya. Kerana apa? Kerana dirimu begitu berharga ☺

Boleh dapatkan SEGERA di Farmasi Marmin (Peramu 8AM-10PM) @ Ketapang 9AM-10PM atau whatsapp kami http://www.wasap.my/601116776799

Comments

  1. Assalam..mcm mne nk baca exp date produk Neutrogena® Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF 50 PA+++ 88ml

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai miss, jika pada kotak atau botol tak ade tertera tarikh luput, ia mengikut ketahanan selepas produk dah di buka.

      boleh baca lanjut di sini
      FARMASI MARMIN: Siapa kata produk kosmetik takde tarikh luput??? O... https://farmasimarmin.blogspot.com/2019/08/siapa-kata-produk-kosmetik-takde-tarikh.html?spref=tw

      btw maaf sangat2 sebab lewat reply

      Delete
  2. Kalau kulit gelap memang kena ambik spf 15 je ke? Kalau apply spf 50 tak boleh ye?

    ReplyDelete

Post a comment

Popular posts from this blog

APA RAWATAN UNTUK KULIT MELECUR?

Vitamin Untuk Kanak-Kanak

TIPS PILIH VITAMIN C 🍊πŸ₯‘πŸ…